MELAKA: Kerajaan Melaka pada Selasa mengumumkan empat inisiatif di bawah Pakej Bantuan Rahmah dan Prihatin Rakyat Negeri Melaka melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM15.93 juta.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof, berkata inisiatif baharu berkenaan bertujuan mengurangkan bebanan dan kos sara hidup rakyat terutama anak watan Melaka dan golongan B40 sekali gus meningkatkan kesejahteraan dan kemajuan di negeri itu.
Katanya, inisiatif pertama ialah parkir percuma kenderaan di bawah pentadbiran empat pihak berkuasa tempatan di negeri itu selama tujuh hari bermula 1 Syawal ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM519,000.
"Inisiatif kedua ialah pemotongan fi lesen sebanyak 50 peratus melibatkan sebanyak 6,223 pelesen iaitu penjaja kecil bermula Jun hingga akhir Disember ini dengan implikasi kewangan berjumlah RM548,000.
"Bagi inisiatif ketiga pula ialah menghapuskan caj perkhidmatan atau denda lewat bayar cukai pintu bagi mereka yang dapat menjelaskan keseluruhan bayaran cukai pintu semasa dan denda lewat melibatkan kategori kediaman, komersial dan industri untuk tahun 2023 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM14.12 juta," katanya, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.
Ab Rauf berkata bagi inisiatif keempat pula ialah melupuskan semua kompaun kesalahan parkir kereta dan kompaun penjaja kecil dalam tempoh 1 hingga 30 Mac sempena pelantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka melibatkan anggaran implikasi kewangan bernilai RM1.18 juta.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri Melaka akan melaksanakan 'Hari Terbuka' pada hari Khamis setiap hujung bulan bagi memudahkan rakyat negeri itu bertemu dengannya secara 'walk in'.
"Hari Terbuka berkenaan akan diadakan sama ada di pejabat saya (Seri Negeri) sehingga jam 5 petang dan berterusan di Seri Bendahara sehingga jam 2 pagi.
"Hari Terbuka ini akan dijadikan dasar utama saya yang akan memudahkan pemimpin dan rakyat bertemu bagi mengemukakan permasalahan dan apa jua urusan di peringkat rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ab Rauf berkata tiada sesiapapun dibenarkan menggunakan nama beliau selaku Ketua Menteri untuk meraih keuntungan dalam pembidaan mana-mana kontrak, tender atau projek di negeri itu.
"Setakat ini tiada individu yang menggunakan nama saya tetapi saya banyak dengar dari jauh (khabar angin)...Datuk Rauf suruh. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang dikenal pasti mengambil kesempatan atau menggunakan nama saya," katanya.
Dalam pada itu, Ab Rauf berkata kerajaan negeri juga akan mewujudkan Perkampungan Digital dalam usaha memastikan setiap rumah di kawasan perkampungan itu mempunyai alamat yang lengkap, lebih sistematik dan memudahkan Jabatan Perangkaan menyusun semula maklumat berkaitan rakyat.
Beliau berkata inisiatif yang bertujuan menambah baik sistem penyampian sedia ada itu telah diperhalusi di semua peringkat agensi dan jabatan kerajaan negeri seperti pejabat daerah serta pihak berkuasa tempatan dan ia kini menunggu masa untuk dilaksanakan dalam masa terdekat bermula di kawasan Masjid Tanah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023

Ab Rauf berkata, kerajaan negeri juga akan mewujudkan Perkampungan Digital dalam usaha memastikan setiap rumah di kawasan perkampungan itu mempunyai alamat yang lengkap, lebih sistematik. - Gambar fail

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Gaji Ketua Menteri Melaka, Exco dipotong 10 peratus selama setahun bermula Januari
Selain potongan gaji 10 peratus, kerajaan Melaka juga umum Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 5,000 penjawat negeri ini.

Melaka umum 35 pelantikan baharu jawatan utama pentadbiran kerajaan negeri
Pelantikan bagi memantapkan dan melancarkan proses tadbir urus serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan
Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.