AYER KEROH: Melaka akan menilai beberapa lokasi pelancongan terpilih yang selamat dan bersesuaian sebagai lokasi rintis sebelum membenarkan kedatangan pelancong domestik seawal-awalnya 1 Oktober ini.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata prosedur operasi standard (SOP) berkaitan itu juga sedang dirangka Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebelum dimuktamadkan.
“Mungkin tidak semua lokasi kita akan buka serentak kerana bimbang akan berlaku penularan wabak COVID-19 yang mana kita perlu pastikan apabila kita buka (lokasi pelancongan) ianya boleh bertahan lama dan berterusan.
“Dalam persedian negeri beralih Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini, kita akan kenal pasti lokasi yang benar-benar selamat dahulu untuk kita buka dan kerajaan negeri juga akan memuktamadkan SOP khas yang sedang dirangka oleh MKN,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, selepas kejayaan pada fasa gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kerajaan pada Selasa bercadang untuk membuka tiga destinasi pelancongan dalam tempoh terdekat ini.
Selain Melaka, dua destinasi lain ialah Pulau Tioman dan Genting Highlands.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara tersebut antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di Parlimen.
Mengulas lanjut ujar Muhammad Jailani, beberapa elemen termasuk lokasi kawasan pelancongan dan kadar vaksinasi kakitangan sedang diambil kira sebelum membenarkan kedatangan pelancong.
“Sememangnya kita kena pastikan beberapa elemen, satunya semua pekerja dalam kawasan dipilih mesti telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 selain menyusun jadual sanitasi.
“Selepas itu barulah kita menunggu keputusan muktamad SOP daripada MKN lokasi mana yang sesuai dibuka dahulu,” tambahnya.
Dalam pada itu ujarnya, Melaka menerusi keupayaan gelembung pelancongan, bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan ‘air ambulance’ bagi merancakkan sub sektor pelancongan kesihatan negeri itu.
‘Air ambulance’ itu bagi membolehkan pesawat membawa pesakit dari dalam mahupun luar negara.
Bagaimanapun katanya, perkara itu hanya akan diputuskan selepas mesyuarat antara delegasinya bersama Konsulat Malaysia dan Wali Kota di Pekan Baru, Indonesia pada 26 September ini.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Sep 22 2021
Dalam persedian negeri Melaka beralih Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerajaan negeri akan mengenal pasti lokasi yang benar-benar selamat untuk dibuka terlebih dahulu. - Gambar fail
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Melaka teliti lokasi rintis sebelum terima kedatangan pelancong
Melaka akan menilai beberapa lokasi pelancongan terpilih yang selamat dan bersesuaian sebagai lokasi rintis sebelum membenarkan kedatangan pelancong domestik pada 1 Oktober ini.