Kerajaan Negeri Melaka menawarkan kawasan untuk dibangunkan sebagai hab bagi projek pembinaan kereta nasional ketiga.
Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, Melaka mempunyai banyak lokasi perindustrian yang sesuai dijadikan tapak pembangunan projek tersebut.
"Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti kawasan perindustrian yang baharu untuk menampung kapasiti yang semakin berkurang dalam kalangan industri di negeri Melaka ini.
"Kita ada kawasan industri sedia ada yang sesuai untuk dipertimbangkan sebagai destinasi atau lokasi bagi projek kereta nasional yang ketiga nanti," katanya.
Ujarnya, kerajaan pusat boleh mempertimbangkan cadangan kerajaan negeri itu kerana Melaka berada di lokasi strategik dalam bidang perindustrian dan pelaburan.
Mohad Rafiq ditemui selepas istiadat penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Melaka sempena sambutan hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di sini, hari ini.
Beliau antara individu dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.
Penerima lain turut menerima gelaran, iaitu gelaran Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM).
Mereka ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Dalam pada itu, mengulas berkenaan lawatannya ke Jepun yang bermula esok, Mohd Rafiq berkata ia adalah misi pelaburan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menarik lebih banyak pelabur Jepun ke Melaka.
Menerusi lawatan itu, katanya, Melaka dijangka meneroka peluang baharu terutama dalam bidang elektronik dan automotif.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Oct 13 2018

Mohd Rafiq berkata, Melaka mempunyai kawasan industri sedia ada yang sesuai untuk dipertimbangkan sebagai destinasi atau lokasi bagi projek kereta nasional yang ketiga nanti. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

'Bukan saya luluskan pelaburan kerajaan dalam DreamEDGE' - Dr Mahathir
Walaupun ada sesetengah pihak merasakan Malaysia tidak memerlukan projek kereta nasional ketiga, Dr Mahathir berkata perniagaan kereta tidak statik, sama seperti industri penerbangan.

Ini soalan yang belum terjawab tentang 'projek kereta nasional ketiga'
Sudah hampir seminggu projek kereta nasional ketiga diumumkan dan masih banyak soalan yang belum dijawab.

DreamEDGE diumum syarikat utama pembangunan kereta nasional ketiga
Prototaip pertama akan diumum pada Mac 2020 selain pelancaran model yang dijangka pada Mac 2021.

Kerajaan perhalusi teknologi enjin kereta nasional ketiga
Kerajaan perhalusi teknologi enjin kereta Nasional Ketua, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Kerajaan tiada peruntukan labur dalam projek kereta nasional ketiga - Guan Eng
Projek kereta nasional ketiga itu memerlukan perbelanjaan kewangan yang besar dan oleh itu memerlukan penglibatan pelaburan swasta.

Projek kereta nasional ketiga jana peluang pekerjaan, galak pembangunan vendor - Darell
Projek kereta nasional ketiga boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan menggalakkan pembangunan vendor dalam bahagian dan komponen automotif, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Dar

Projek kereta nasional ketiga diharap 'bertapak' di Melaka - KM Adly
Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata, tawaran tersebut dibuat kerana yakin dan cukup bersedia dengan pelbagai kemudahan.

Melaka tawar kawasan projek kereta nasional ketiga
Kerajaan Negeri Melaka menawarkan kawasan untuk dibangunkan sebagai hab bagi projek pembinaan kereta nasional ketiga.

Penggiat industri automotif dipelawa kemuka cadangan mengenai kereta nasional ketiga
Tarikh akhir untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai projek kereta nasional ketiga adalah pada 15 Oktober.

Kereta nasional ketiga buka peluang rakyat kuasai bidang kejuruteraan - Tun Mahathir
Persepsi pengguna dan kerajaan berbeza apabila bercakap tentang kereta nasional ketiga yang dijangka dilaksanakan menjelang 2020.