MELAKA: Kerajaan Melaka memperuntukkan sebanyak RM348,000 sumbangan kewangan sempena Aidilfitri kepada 1,740 penerima secara berperingkat di enam kawasan Parlimen di negeri itu.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin berkata sumbangan sebanyak RM200 seorang itu disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka dalam usaha membantu meringankan beban kewangan golongan penerima membuat persiapan menyambut hari raya.
"Penerima terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) serta golongan B40. Sumbangan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka ini pertama kali dilaksanakan pada tahun ini khususnya untuk penerima Muslim.
"Hang Tuah Jaya dipilih Parlimen pertama bagi majlis sumbangan ini diikuti Parlimen Alor Gajah esok manakala Parlimen Masjid Tanah dan lain-lain hingga 16 April ini," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri Negeri Melaka 2023 kepada 248 penerima dalam Parlimen Hang Tuah Jaya, yang turut dihadiri Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Leng Chau Yen.
Dalam perkembangan lain, Kalsom berkata semua agensi penguatkuasaan di Melaka telah diarahkan untuk memantau serta mengekang aktiviti meminta sedekah termasuk dalam kalangan warga asing khususnya di pasar dan bazar Ramadan di negeri itu.
Beliau berkata aktiviti berkenaan dilihat agak berleluasa terutama pada Ramadan kerana rakyat negara ini pemurah dan mudah simpati dengan peminta sedekah.
"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan ke atas peminta sedekah yang dikesan terlibat dalam aktiviti itu sebaliknya mereka diminta beredar dari tempat tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Kalsom (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kewangan Hari Raya Aidilfitri kepada 248 penerima dalam Parlimen Hang Tuah Jaya pada Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Negeri Melaka Tahun 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Gaji Ketua Menteri Melaka, Exco dipotong 10 peratus selama setahun bermula Januari
Selain potongan gaji 10 peratus, kerajaan Melaka juga umum Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 5,000 penjawat negeri ini.
Melaka umum 35 pelantikan baharu jawatan utama pentadbiran kerajaan negeri
Pelantikan bagi memantapkan dan melancarkan proses tadbir urus serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan
Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.