MELAKA: Melaka akan menguatkuasakan peraturan dan kaedah membawa kanak-kanak ke bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri pada minggu hadapan demi menjaga keselamatan dan kesihatan golongan itu daripada dijangkiti COVID-19.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan berkata ia selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan bahawa kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai adalah suasana tidak baik kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.
"Macam malam ini, saya dah tengok sendiri keadaannya dan akan pastikan semua tindakan sewajarnya diambil kira.
"Mungkin minggu depan akan dikuatkuasakan selepas saya tinjau semua tapak bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri," katanya pada sidang media selepas melawat Melaka Grand Ramadan Bazar Jalan Hang Tuah di sini malam tadi.
Beliau berkata pihaknya juga akan memanggil kesemua 62 penganjur untuk memastikan mereka faham, mematuhi dan melaksanakan semua prosedur operasi standard (SOP) terutama mengenai penjarakan fizikal sepanjang melaksanakan bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri.
"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, minggu pertama adalah untuk kita didik peniaga, penganjur dan pengunjung mengenai SOP apabila mengunjungi bazar.
"Kena selalu jaga SOP. Bimbang apabila suka hari ini, nanti di hujung jalan kita terpaksa tutup (bazar) kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kementerian (berkaitan). Jadi tindakan lebih tegas akan diambil selepas ini," katanya.
Dalam perkembangan berlainan, Zaidi berkata pihaknya kini giat mengenal pasti lebih ramai usahawan muda di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk dibangunkan.
"Mungkin kita boleh memanggil asnaf di kampung-kampung yang berpotensi untuk diberi peluang kepada mereka berniaga sepanjang Ramadan.
"Atau boleh juga wujudkan satu pusat penjaja kekal seperti yang dibangunkan di Leypark Station kerana di situ ramai asnaf yang sudah berjaya dan kini mahu jadi penyumbang," katanya.
Bagaimanapun katanya, kaedah yang lebih teliti akan dikenal pasti termasuk melihat kemampuan asnaf itu untuk menyewa tapak perniagaan.
Zaidi berkata antara kaedah yang efektif adalah pihaknya mencari satu tanah atau ruang kerajaan yang boleh dibangunkan sebagai tapak perniagaan tanpa sewa.
"Kita akan minta agensi berkenaan untuk letakkan khemah sebagai permulaan bagi asnaf ini menjalankan perniagaan dengan kos operasi paling minimum kerana kita faham, harga sewa khemah yang paling rendah adalah RM2,500 dan berbeza mengikut lokasi," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022
ZAIDI: Mungkin minggu depan akan dikuatkuasakan selepas saya tinjau semua tapak bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri. -Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi
Ikuti temubual bersama YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
#AWANIPagi
#AWANIPagi
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.
Pesta Air Kuala Perlis medium rapatkan hubungan masyarakat
Pesta Air Kuala Perlis antara acara tradisi di Perlis sejak tahun 50-an, kini kembali selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste