Usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengamalkan pelbagai inisiatif hijau ke arah bandar raya sejahtera dan mampan membuahkan hasil apabila Melaka telah dipilih sebagai finalis bagi kempen 'We Love Cities' di peringkat global.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafar Atan berkata Melaka terpilih ke peringkat global susulan negeri itu dianugerahkan sebagai pemenang 'One Planet City Challenge' (OPCC) peringkat kebangsaan kali kedua oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), baru-baru ini.
Menurut beliau, Melaka merupakan antara 56 bandar raya di dunia yang terpilih dan antara negara lain yang terlibat pada peringkat akhir kempen 'We Love Cities' ialah Korea Selatan, Perancis, Norway, Kanada dan Turki.
"Melaka sebelum ini, pernah mewakili Malaysia ke peringkat akhir pada kempen sama di San Francisco, Amerika Syarikat pada 2018 dan kerajaan negeri menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar memberi sokongan padu serta bersama-sama mengambil bahagian dalam kempen ini.
"Melalui kempen 'We Love Cities' kerajaan negeri berharap orang ramai dapat mengundi Melaka supaya dinobatkan sebagai 'global winner' dan seterusnya menempa nama di persada antarabangsa," katanya pada sidang media kempen berkenaan di sini.
Beliau berkata melalui kempen ini, kerajaan negeri melalui MBMB telah mengatur satu pasukan khas untuk mendapatkan pandangan orang awam meliputi aspek perkhidmatan bandar raya antaranya pengangkutan, penjanaan tenaga, reka bentuk bangunan dan bahan buangan.
Katanya, undian yang dibuka bermula 14 Sept lepas dan akan berakhir pada 11 Okt ini boleh dibuat melalui pautan welovecities.org/melaka dan maklumat lanjut boleh didapati dalam laman web MBMB iaitu www.mbmb.gov.my atau Facebook rasmi MBMB.
Kempen 'We Love Cities' adalah inisiatif WWF sejak 2013 dan sehingga kini sebanyak 150 bandar telah mengambil bahagian dalam kempen berkenaan.
Bernama
Wed Sep 23 2020

Melaka terpilih ke peringkat global susulan negeri itu dianugerahkan sebagai pemenang 'One Planet City Challenge' (OPCC) peringkat kebangsaan kali kedua oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia- Gambar fail/Astro AWANI

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.

Shadan terajui MBMB mulai 1 Feb
Shadan akan menggantikan Datuk Zainal Abu yang tamat perkhidmatan pada 31 Jan ini.

Status bangunan MBMB diputuskan selepas isu persempadanan diwartakan
Datuk Zaidi Attan berkata projek pembinaan yang dihentikan pada 2018 itu perlu mengambil kira pelbagai perkara.

15 peniaga positif COVID-19, Pasar Besar MBMB ditutup 3 hari
Peniaga yang positif adalah di bahagian sayur-sayuran dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan kontak rapat mereka.

MBMB akan tutup premis perniagaan ingkar SOP COVID-19
Datuk Bandarnya, Datuk Zainal Abu berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa khususnya di kawasan tumpuan awam seperti pasar dan kedai makan.

Melaka dipilih sebagai finalis We Love Cities peringkat global
MBMB mengamalkan pelbagai inisiatif hijau ke arah bandar raya sejahtera dan mampan membuahkan hasil apabila Melaka telah dipilih sebagai finalis bagi kempen We Love Cities di peringkat global.

KTHXBYE ditukar 'Semoga Berjumpa Lagi, Bye Bye!'
Pemasangan papan iklan baharu itu dilakukan 11 malam tadi setelah pihaknya mengeluarkan arahan kepada syarikat pengeluar makanan ringan untuk menurunkan papan iklan lama itu.

Pengoperasiaan parkir swasta di Melaka ditangguh serta-merta
Semua pengoperasian parkir berbayar baharu yang diswastakan di bawah pentadbiran MBMB ditangguhkan serta-merta untuk kajian dan penilaian semula kaedah caj yang dikenakan.

10,000 orang guna Monorel Melaka sejak dibuka semula
Produk pelancongan itu digantung perkhidmatannya pada 2013 akibat masalah teknikal.

Melaka tubuh unit penguatkuasaan tetap perangi amalan khurafat di Pulau Besar
Penubuhan unit khas yang akan bermastautin di Pulau Besar itu amat penting agar pihak berkuasa akan dapat mengambil tindakan tegas secara konsisten terhadap mereka yang masih degil.