PUTRAJAYA: Seorang mekanik yang disabitkan kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 10.53 gram terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan itu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said dalam melepas dan membebaskan Ben Khaled Abd Molok memutuskan sabitan mengedar dadah terhadapnya tidak selamat.
Beliau berkata terdapat salah arah oleh hakim Mahkamah Tinggi yang tidak mempertimbangkan kegagalan pihak pendakwaan untuk memastikan kehadiran saksi material yang telah ditawarkan kepada pihak pembelaan selepas mahkamah mengarahkan Ben Khalid membela diri.
Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah.
Ben Khaled yang lumpuh dari pinggang ke bawah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 atas kesalahan mengedar dadah di sebuah bengkel kereta di Jalan Tago, Taman Perindustrian Tago, Sri Damansara, Gombak, Selangor pada 4 petang, 12 Feb 2019.
Sementara itu, lelaki berusia 42 tahun itu yang berkerusi roda, menarik semula rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta tiga sebatan rotan kerana memiliki 0.73 gram nimetazepam.
Dia telah selesai menjalani hukuman penjara tetapi dibawa kembali ke penjara untuk menjalani hukuman sebat.
Peguamnya, Afiffuddin Ahmad Hafifi berkata berikutan keadaan semasa anak guamnya, pegawai perubatan perlu mengesahkan bahawa Ben Khaled sihat sebelum hukuman sebat boleh dilaksanakan ke atasnya.
Seksyen 21 Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa mahkamah boleh mengikut budi bicaranya menggantikan hukuman sebat pesalah kepada hukuman penjara, katanya.
Menurut seorang lagi peguam Ben Khaled, Hafizuddin Salehuddin, Ben Khaled lumpuh pada 2020 akibat tuberkulosis yang menjejaskan tulang belakangnya.
Hakim Kamaludin kemudian memberitahu peguam Ben Khaled bahawa anak guamnya boleh merujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan arahan lanjut atau menggantikan hukuman sebat itu jika dia disahkan tidak layak.
Timbalan Pendakwa Raya Eu Ghim Siang mewakili pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

Panel tiga hakim dalam melepas dan membebaskan Ben Khaled Abd Molok memutuskan sabitan mengedar dadah terhadapnya tidak selamat.- Fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Mekanik lumpuh terselamat hukuman gantung edar dadah
Seorang mekanik yang disabitkan kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 10.53 gram terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskannya.