KUALA LUMPUR: Kerajaan harus mencari langkah yang lebih relevan dan tepat untuk menilai keadaan COVID-19 tempatan dan bukan hanya bergantung pada jumlah jangkitan harian yang dicatatkan untuk menentukan kawalan pergerakan, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).
Presidennya Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata rakyat Malaysia tidak boleh terus hidup dalam ketakutan terhadap COVID-19 dan kekal dalam keadaan kawalan pergerakan yang berpanjangan kerana perniagaan dan rakyat tidak lagi mampu bertahan.
"Langkah kawalan pergerakan ini turut memberi kesan mengerikan terhadap kesihatan mental sebahagian besar rakyat Malaysia dengan kes bunuh diri, jenayah, keganasan rumah tangga, kemurungan dan kehilangan tempat tinggal meningkat dengan ketara.
"Selain itu, gangguan terhadap rantaian bekalan perniagaan kerana kawalan pergerakan yang berlanjutan boleh menyebabkan para pelabur yang sudah lama bertapak di sini untuk keluar dari Malaysia, sementara bakal pelabur pula akan lebih berwaspada untuk melabur.
"Situasi yang menekankan ini perlu berubah dan diperbetulkan dengan segera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syed Hussain menegaskan kedua-dua majikan dan rakyat memainkan peranan penting dalam mempercepat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke arah keadaan 'normal baru' dengan menerapkan dan mematuhi langkah-langkah keselamatan di tempat kerja.
Beliau menambah sudah tiba masanya majikan menunjukkan tanggungjawab yang serius dan meyakinkan rakyat dan kerajaan dengan menyediakan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan bersih.
"Banyak negara yang terkena varian Delta yang diserap melalui udara telah menerima COVID-19 sebagai endemik dan jika semua pihak berkepentingan menyedari ini dan bekerjasama, itu akan memberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia," ujarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021
Syed Hussain menegaskan kedua-dua majikan dan rakyat memainkan peranan penting dalam mempercepat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke arah keadaan 'normal baru'. - Gambar fail/MEF
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Selami nilai kasih sayang, kukuhkan semangat persaudaraan
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengajak rakyat Sarawak menyelami nilai kasih sayang bersama keluarga dan sahabat handai, memohon kemaafan serta mengukuhkan semangat persaudaraan yang tulus antara satu sama lain sempena sambutan Krismas.
Pengusaha bot penambang ambil langkah berjaga-jaga
Pengusaha atau pengendali bot penambang di daerah Sandakan sentiasa memastikan keselamatan penumpang terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita, Nurul Asikin Lan, yang mayatnya ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan pada 14 Disember lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Bina Semula Acheh Dengan Ilmu & Tenaga Manusia
Bagaimana mangsa Tsunami 2004 bangkit membina semula kehidupan mereka setelah 20 tahun tragedi yang meragut lebih 200,000 mangsa angsa di Indonesia, Thailand, India, Maldives dan Sri Lanka? Ikuti perkongsian bersama Editor Kanan, Nazri Kahar.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.