Medicare Assistance Sdn. Bhd. (Medicare) akan menganjurkan siri Jelajah Pantai Timur Program Usahawan MyCuepacsCare (MyCuepacsCare) di Kelantan, Terengganu dan Pahang selama tiga hari bermula 18 Januari ini.
Pengarah Urusan Medicare, K. Palanisamy berkata, lokasi pertama jelajah itu adalah di Kota Bharu, Kelantan pada 18 Januari sebelum diteruskan di Kuala Terengganu, Terengganu (19 Januari) dan Kuantan, Pahang (20 Januari).
Beliau berkata, program kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai dunia keusahawanan selain mempromosi produk takaful penjawat awam CuepacsCare dan CuepacsPA.
"Kami menyasarkan kira-kira 300 peserta hadir sepanjang tiga hari program jelajah di tiga negeri tersebut. Program ini memberi peluang kepada orang ramai menjana pendapatan tambahan terutama kepada pesara kerajaan yang masih mahu aktif dalam pasaran kerja.
"Ketika ini permintaan kakitangan kerajaan terhadap perlindungan CuepacsCare dan CuepacsPA amat tinggi di Pantai Timur. Program ini boleh membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan selain mempromosi CuepacsCare dan CuepacsPA di kawasan tersebut," katanya.
Menurut Palanisamy, orang ramai yang mahu menyertai Jelajah Pantai Timur MyCuepacsCare boleh menghubungi talian 03-3370 1778 atau layari laman facebook www.mycuepacscare.my.
Dalam pada itu, Palanisamy berkata, CUEPACSCare merupakan program kerjasama CUEPACS bagi memastikan setiap penjawat awam dan ahli keluarga memiliki perlindungan tambahan untuk waktu kecemasan pada kadar yang mampu.
Jelas beliau, ketika ini sejumlah 80,000 penjawat awam telah menyertai program takaful tersebut dan ruang yang ada boleh dimanfaatkan oleh wakil pemasaran untuk memasarkan kepada 1.6 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara.
"Permintaan terhadap CUEPACSCare sangat tinggi kerana pada harga serendah RM32 sebulan untuk individu dan RM85 bagi pakej keluarga, penjawat awam boleh mendapat manfaat rawatan di lebih 70 hospital pakar swasta seluruh negara.
"Selain itu, kita turut mempunyai takaful kemalangan diri CUEPACS PA pada harga serendah RM6 sebulan dengan nilai pampasan RM220,000. Justeru itu, ia adalah peluang terbaik untuk wakil pemasaran menjana pendapatan," katanya.
Astro Awani
Mon Dec 31 2018

Palanisamy berkata, CUEPACSCare merupakan program kerjasama CUEPACS bagi memastikan setiap penjawat awam dan ahli keluarga memiliki perlindungan tambahan untuk waktu kecemasan pada kadar yang mampu.- Foto fail Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.

Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.

Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.

Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.

Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.

Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.

Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.

Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.

Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.

Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.