MEDIA sosial seperti Facebook dan Twitter mesti bertanggungjawab kepada maklumat palsu yang disebarkan melalui platform mereka.
Setiap syarikat yang beroperasi kerap dipertanggungjawab kepada pencemaran alam sekitar akibat operasi mereka.
Malah, banyak projek pembangunan dikenakan laporan kesan alam sekitar sebelum dibenarkan beroperasi.
Tiba masanya media sosial juga dinilai dari kaca mata yang sama.
Mereka tidak boleh memberi alasan bahawa mereka sekadar platform.
Twitter akhirnya sedar dan mengaku peranan mereka dalam membantu bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam menghasut penyokong beliau untuk merusuh di Capitol Hills.
Tindakan Twitter mengharamkan akaun Donald Trump mungkin terlalu lambat.
Kita tidak boleh menunggu kejadian seperti di Capitol Hills sebelum mendesak media sosial untuk mengawal kandungan mereka.
Dalam dunia media tradisional, platform seperti akhbar kerap kali mengamalkan tapisan kandungan mereka.
Bukan semua maklumat yang diterima disiar sebagai berita, dan bukan setiap surat pembaca disiarkan.
Media baru harus juga dipertanggungjawabkan dengan tugas yang sama.
Alasan media baru wujud di dunia maya tidak boleh diguna pakai kerana kandungan maya mereka akan memberi kesan yang sama kepada dunia nyata.
Jelas di sini, media baru perlu juga mengikut peraturan dan nilai dunia nyata.
Baru-baru ini, keputusan mahkamah ke atas sebuah akhbar atas talian telah menimbulkan reaksi yang pelbagai.
Namun, mungkin tiba masanya untuk akhbar atas talian mengambil tanggungjawab kepada komen pembacanya, sama seperti media sosial seperti Facebook dan Twitter diwajibkan untuk mengawal jenis kandungan yang disebarkan.
Jika kita mengharap akhbar mengawal kandungan mereka, mengapa kita meletakkan kayu ukur yang berlainan kepada akhbar atas talian dan platform medial sosial?
Media baru seperti akhbar atas talian dan media sosial seperti Facebook mesti mengikut peraturan dunia nyata.
Dalam dunia nyata, kita tapis dan timbang komen kita sebelum diluahkan. Logiknya, media baru juga perlu berbuat demikian.
Di dunia nyata, sesiapa yang menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sudah tiba masanya kita memanjangkan undang-undang tersebut kepada syarikat media sosial.
Syarikat media sosial perlu bertanggungjawab kepada pencemaran maklumat palsu yang dihasilkan melalui operasi mereka. Jika tidak, masyarakat yang akan menanggung akibatnya.
*Dr Chai Ming Hock merupakan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Dr Chai Ming Hock
Sun Mar 14 2021

Dalam dunia media tradisional, platform seperti akhbar kerap kali mengamalkan tapisan kandungan mereka. - Gambar AP

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif
Ancaman ini menandakan peningkatan lagi dalam perang perdagangan yang telah menggoncang pasaran kewangan.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Ketua NATO puji Trump atas kejayaan dalam rundingan damai Ukraine
Rutte memuji Trump kerana membantu mencapai kejayaan dalam usaha diplomatik bagi menyelesaikan konflik yang berlarutan di Ukraine.

Trump umum kenaikan tarif logam Kanada kepada 50 peratus
Trump berkata beliau telah mengarahkan setiausaha perdagangan untuk menambah 25 peratus lagi tarif ke atas produk berkenaan, yang akan berkuat kuasa mulai pagi Rabu.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.

AS potong 83 peratus projek bantuan antarabangsa di bawah USAID
Daripada kira-kira 6,200 projek yang dibiayai USAID, hanya sekitar 1,000 akan diteruskan.

AS bincang dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan TikTok - Trump
TikTok berdepan larangan jika perniagaannya di AS tidak dijual kepada pembeli Amerika sebelum 5 April.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

Trump nafi pergeseran Rubio-Musk berhubung pengurangan pekerja persekutuan
Trump menyatakan bahawa Elon Musk dan Marco Rubio menjalankan tugas dengan cemerlang dan tiada pergeseran di antara mereka.

AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ali Khamenei
Khamenei menyatakan tawaran Wwashington untuk berunding bertujuan mendominasi Iran dan bukan menyelesaikan masalah.