KUCHING: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ketua-ketua pengarang di Malaysia mahu industri media di negara ini dibentuk mengikut acuannya sendiri.
Beliau berkata mesej itu disampaikan semasa pertemuan beliau bersama ketua-ketua pengarang industri media di Malaysia dengan Pengarah Biro Asia Pasifik Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) Cedric Alviani di sini hari ini.
Menyifatkan pertemuan kira-kira sejam itu sebagai cukup baik, Fahmi berkata ketua-ketua pengarang terbabit turut memohon penjelasan dan penerangan RSF mengenai metodologi serta cara pengumpulan data bagi menentukan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.
"Harapan saya pertemuan ini dapat mencambah dan menambah jalur perbincangan supaya kita mendapat sedikit maklum balas daripada pelbagai pihak tetapi yang penting, media di Malaysia perlu dibangunkan dengan acuan Malaysia.
"Inilah mesej yang saya terima daripada para ketua pengarang dan terpulang kepada kita untuk membentuk media Malaysia yang kita idamkan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.
Fahmi juga berharap pihak media akan terus berkhidmat dengan baik di samping memberikan maklum balas sama ada kepada kerajaan atau badan bukan kerajaan seperti RSF mengenai keadaan di Malaysia.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sementara Majlis Media Malaysia Premesh Chandran berkata ketua-ketua pengarang industri media berhasrat mengadakan libat urus dengan RSF bagi membolehkan perubahan dilakukan dalam metodologi dan strategi penilaian kebebasan media di negara ini.
Beliau berkata langkah ini mampu mencerminkan keadaan media di Malaysia dengan lebih baik.
Alviani pula berkata beliau percaya indeks kebebasan media adalah alat yang boleh digunakan bagi memulakan perbincangan mengenai perkara itu.
"Perbincangan sudah bermula dan ini adalah sesuatu yang amat positif bagi masa depan kebebasan media di Malaysia," katanya sambil menambah pertemuan itu adalah satu peluang yang luar biasa bagi membolehkan beliau lebih memahami situasi media di negara ini.
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang dikeluarkan oleh RSF bulan lepas menunjukkan kedudukan Malaysia jatuh 34 anak tangga ke tempat ke-107 berbanding ke-73 pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ketua-ketua pengarang di Malaysia mahu industri media di negara ini dibentuk mengikut acuannya sendiri. - Gambar fail/BERNAMA

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.

Kod tatalaku pelesenan platform media sosial diumumkan hujung bulan ini - Fahmi Fadzil
Kod tatalaku pelesenan penyedia platform media sosial akan diumumkan selewat-lewatnya hujung Oktober ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Media Malaysia perlu dibentuk ikut acuan sendiri
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ketua-ketua pengarang di Malaysia mahu industri media di negara ini dibentuk mengikut acuannya sendiri.

Kabinet belum bincang kenaikan harga petrol dan diesel, laporan media asing tidak betul - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

Kerajaan sedia pertimbang bantu Jasmine Suraya sambung pengajian di Los Angeles - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya sedia membantu Jasmine Suraya sekiranya perkara yang dikemukakan adalah bersesuaian.

Kerajaan belum bincang subsidi barangan dinikmati warga asing - Fahmi
Kerajaan belum membincangkan secara terperinci berkenaan subsidi barangan tertentu yang turut dinikmati warga asing dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Komuniti MADANI perlu tingkat kefahaman rakyat isu keselamatan dalam talian - Fahmi
Komuniti MADANI di seluruh negara diminta untuk memainkan peranan meningkatkan pemahaman mengenai isu keselamatan dalam talian dalam kalangan rakyat.

Utamakan titah Al-Sultan Abdullah agar jaga perpaduan - Fahmi
Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai aspek perpaduan dalam negara harus diutamakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Memorandum Jemaah Menteri berkenaan rangkaian kedua 5G disedia dalam masa terdekat - Fahmi
Ia untuk membincangkan serta memutuskan sama ada tiba masanya untuk membenarkan kewujudan rangkaian kedua.

Fahmi ajak rakyat sertai Kempen Pengiriman Poskad Khas Palestin Merdeka kepada Guterres
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Kempen Pengiriman Poskad Khas Palestin Merdeka sebagai tanda sokongan terhadap aspirasi dan impian warga Palestin.

Palestin perlu diterima sebagai anggota penuh PBB - Fahmi
Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuang hak setiap rakyat Palestin termasuk mendesak supaya negara itu diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).