Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meminta media Indonesia tidak membuat laporan berat sebelah dengan memetik dakwaan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar kononnya ditahan atas dendam politik.
Beliau menegaskan dakwaan itu tidak benar kerana Ketua Polis Negara Malaysia Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya telah menjelaskan bahawa Nurul Izzah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan kerana membuat pelbagai dakwaan dalam perhimpunan haram "#Kita Lawan" di Kuala Lumpur baru-baru ini.
"Beliau ditahan bagi membantu siasatan kerana membuat pelbagai tohmahan terhadap badan kehakiman ketika menyertai perhimpunan haram itu dan ia tidak ada kaitan dengan isu perbahasannya dalam Parlimen (Dewan Rakyat) seperti dilaporkan oleh media di negara ini," katanya dalam temu ramah dengan Akhbar Tempo di pejabatnya di sini pada Rabu.
Akhbar itu menyifatkan Nurul Izzah sebagai "Ratu Reformasi Malaysia" dan memetik dakwaan beliau kononnya telah ditahan tanpa alasan dan ia adalah satu cara kerajaan Malaysia membalas dendam terhadapnya kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak panik dengan pendedahan mengenai skandal 1MDB yang dibuatnya dalam sidang Dewan Rakyat.
Zahrain berkata, Nurul Izzah sebenarnya ditahan bagi membantu siasatan mengikut undang-undang negara dan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau berkata mana-mana pihak tidak sepatutnya mempertikaikan undang-undang sesebuah negara kerana ia adalah hak kedaulatan negara itu.
"Semua pihak harus menghormati undang-undang sesebuah negara dan media harus membuat laporan dengan fakta yang tepat dan tidak mengelirukan mana-mana pihak," katanya.
Zahrain berkata, Nurul Izzah sebenarnya cuba membela ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyalahkan pihak kerajaan sedangkan ketua pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana disabitkan pertuduhan meliwat yang merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang negara Malaysia.
"Di sesetengah negara mungkin meliwat tidak salah di sisi undang-undang tetapi di Malaysia ia adalah satu kesalahan dan disebabkan itu kita tidak boleh membuat perbandingan undang-undang antara sesebuah negara dengan negara lain," kata beliau.
Bernama
Wed Mar 18 2015

ZAHRAIN: Media Indonesia jangan berat sebelah lapor berita Nurul Izzah - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Lapan maut, empat kritikal selepas minum alkohol tulen di Indonesia
Lapan orang maut manakala empat lagi kritikal selepas meminum alkohol tulen dengan kepekatan 96 peratus di Cianjur, Jawa Barat.

Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.

Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.

Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.