Kementerian Dalam Negeri akan bertindak tegas terhadap media cetak yang berdaftar dengan mereka andai menyiarkan perkara yang boleh mengancam ketenteraman negara, menyakitkan hati orang dan penganut agama lain.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya telah memberi amaran kepada media untuk tidak berbuat demikian memandangkan ia merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab.
"Jangan ambil sikap cakap dahulu perkara-perkara yang boleh mengancam ketenteraman negara, sakitkan hati orang dan sakitkan hati penganut agama lain dan lepas itu minta maaf.
"Media sepatutnya mempunyai etika yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ekspresi Negaraku Sejahtera Tanpa Dadah, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penyiaran karikatur yang didapati menghina Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Anggota Parlimen Marang merangkap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh akhbar Nanyang Siang Pau, baru-baru ini.
Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai berkata KDN tidak akan mengambil tindakan terhadap Nanyang Siang Pau sebaliknya menyerahkan kepada syarikat itu untuk melakukan tindakan dalaman.
Beliau berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nanyang Siang Pau sudah lama beroperasi, sekali gus memiliki pelbagai tanggungan termasuk staf.
"Kerajaan juga berhati perut, kita jaga kepentingan mereka (Nanyang Siang Pau), cuma satu...jangan buat lagi. Ini juga amaran kepada mana-mana akhbar yang mendapatkan lesen daripada KDN untuk beroperasi.
"Mungkin Nanyang Siang Pau perlu mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat dalam hal ini seperti pelukis kartun dan lain-lain. Ambil tindakan dalaman dan perlu bertindak secara serius," katanya.
Pada 8 April lepas, akhbar itu menyiarkan karikatur di portal mereka yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai speaker manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label Hadi Awang.
Kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label 'Akta 355'.
Nanyang Siang Pau dalam satu kenyataan sudah memohon maaf kepada Pandikar Amin dan Abdul Hadi berhubung penyiaran karikatur tersebut dan mengakui penyiarannya adalah tidak wajar untuk tatapan umum.
Selain itu, Nanyang Siang Pau turut menarik balik karikatur sama yang disiarkan di laman berita Nanyang Siang Pau, iaitu eNanyang.my.
Dalam perkembangan lain, Nur Jazlan yang juga Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) berkata satu sesi percambahan minda akan diadakan pada 20 dan 21 April bagi menetapkan hala tuju baru dalam membanteras gejala dadah di negara ini.
Beliau berkata sesi dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan, turut menjemput pertubuhan bukan kerajaan, golongan profesional dan ahli akademik untuk bersama membincangkan hala tuju tersebut.
Katanya hasil rumusan daripada sesi itu akan dibentangkan pada Majlis Mesyuarat Pemadam kelak.
Buat masa ini, Pemadam mempunyai 500,000 anggota di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2017
Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai berkata KDN tidak akan mengambil tindakan terhadap Nanyang Siang Pau sebaliknya menyerahkan kepada syarikat itu untuk melakukan tindakan dalaman. - Gambar fail
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Tun Juhar
Keadaan sosiopolitik Sabah yang stabil akan membolehkan pengagihan ekonomi, pendapatan dan kekayaan negeri dilakukan secara adil dan saksama kepada semua rakyat, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ju
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.
Pas tidak sesekali sertai PH, akan terus pertahan PN - Hadi Awang
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa PAS tetap berdiri teguh mempertahankan Perikatan Nasional (PN).
Kenyataan Presiden Pas tidak bertanggungjawab, main sentimen perkauman dan agama - Pemerhati
Tunku Nashril-Abaidah berkata kenyataan itu dibuat sebagai cubaan untuk menarik perhatian serta mengalihkan fokus daripada isu-isu sebenar.
'Biarlah dia seorang sahaja yang kuat' - Anwar enggan layan kenyataan Abdul Hadi
Anwar berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Marang itu yang mendakwa pemimpin bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'naik kepala'.
PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.