KUALA LUMPUR :Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyambut baik komitmen Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang mahu melaksanakan perubahan ketara dalam model operasi dan budaya rakyat.
Dalam perutusan tahun baharu beliau, Saifuddin turut menegaskan kementerian akan memberi tumpuan kepada Ketelusan, Kebertanggungjawaban dan Integriti.
Pengerusi MDEC, Datuk Dr Rais Hussin berkata, MDEC selepas ini akan melakukan beberapa pembentukan semula dan ia termasuklah membawa masuk tenaga kerja luar biasa dengan pendekatan dan pemikiran baharu.
“MDEC menyokong sepenuhnya hala tuju menteri untuk maju pada 2021 dengan pola pemikiran baharu yang memberi tumpuan kepada Ketelusan, Kebertanggungjawaban dan Integriti.
“Agenda ‘Pembentukan Semula’ organisasi penting untuk menyuntik idea, semangat dan kemahiran baharu.
“Jika kita mahu merealisasikan visi Malaysia 5.0 dan menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN, perlu terdapat anjakan paradigma dalam pendekatan kita,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah beliau, penambahan baharu akan menambah baik inisiatif MDEC untuk mengembangkan ekonomi digital negara, terutamanya dalam menghadapi gangguan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan peluang dalam norma baharu.
“Dengan integrasi teknologi 4IR yang mendalam di setiap lapisan masyarakat; individu, industri, kerajaan dan persekitaran, kita dapat mendemokrasikan proses pewujudan kekayaan kembali kepada rakyat (melalui kekuatan AI, blockchain dan fintech yang tidak berpusat).
“Kami berharap misi ini untuk merealisasikan Malaysia 5.0 akan menjadi langkah penting untuk membawa ekonomi digital kepada rakyat, dan berkongsi kemakmuran untuk semua pada tahun 2021 dan seterusnya,” ujarnya.
Susulan penstrukturan semula, katanya MDEC kini memberi tumpuan kepada empat teras utama - Bakat Digital, Perniagaan Digital, Pelaburan Digital dan MDEC Digital - untuk memacu capaian digital berimpak tinggi dan hasil untuk masyarakat dan ekonomi negara.
Astro Awani
Fri Jan 01 2021
MDEC selepas ini akan melakukan beberapa pembentukan semula dan ia termasuklah membawa masuk tenaga kerja luar biasa dengan pendekatan dan pemikiran baharu.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.
Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.
MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.