Astro Publication
Sat May 02 2015
Pada pameran Auto Shanghai 2015 yang telah berlangsung pada 20 hingga 29 April 2015 yang lalu, McLaren telah memperkenalkan model terbaharu mereka iaitu McLaren 540C Coupe. Dengan pelancaran model terbaharu ini, bermakna pada tahun 2015 ini sahaja, McLaren telah melancarkan sebanyak empat model baharu. Model McLaren paling mampu milik ini boleh dimiliki dengan harga bermula dari £126,000 (lebih kurang RM504,340, sebelum cukai).
Kerangka
Model 540C Coupe telah direka dengan ciri-ciri kereta sports sebenar seperti kerangka gentian karbon yang ringan dan kuat serta pembangunan teknologi daripada dunia perlumbaan. Kerangka gentian karbon unik rekaan McLaren ini yang dikenali sebagai MonoCell ll telah direka dengan teliti bagi memudahkan kereta ini digunakan untuk kegunaan harian dan bagi melindungi keselamatan pemandu dan penumpang. Kerangka gentian karbon dan kerangka luar badan (body panel) kereta ini yang diperbuat daripada aluminium mempunyai berat hanya keseluruhan 1311kg.
Enjin
Kereta ini dijana oleh enjin 3.8 liter V8 turbo berkembar yang menghasilkan 533hp pada 7,500rpm dan tork sebanyak 540Nm pada 3,500rpm hingga 6,500rpm. Enjin ini disambungkan kepada kotak gear 7 kelajuan klac berkembar (McLaren memanggilnya SSG ataupun Seamless Shift Gearbox) dengan pacuan roda belakang. Ia mampu memacu kereta ini ke kelajuan 100km/j dalam masa 3.5 saat dan 200km/j dalam masa 10.5 saat dan mampu mencecah kelajuan maksimum 320km/j.
Ampaian
Oleh kerana kereta ini direka untuk kegunaan harian, para jurutera di McLaren telah mencipta sistem ampaian/suspensi baharu yang bukan sahaja memberi keselesaan ketika pemanduan di jalan biasa, tetapi ia juga mampu memberi prestasi yang baik ketika pemanduan di litar. Sistem ini menggunakan teknologi ampaian Formula-1 – dual wishbone dan ‘Independent Adaptive Damper’. Sistem ‘Independent Adaptive Damper’ ini telah ditala supaya ia mampu digunakan di dalam mode pemaduan ‘Normal’, ‘Sport’ dan ‘Track’. Jadi pemilik kereta ini boleh memulakan pagi dengan memandu kereta ini ke pasar dan kemudian pergi berseronok di litar sesudah pulang dari pasar.
Kabin
Ruang dalaman kereta ini dibaluti dengan kemasan kulit mewah sebagai ciri standard. Apa yang menarik ialah ruang konsol tengah yang dipasang dengan skrin sesentuh IRIS bersaiz 7 inci dan ianya dikenali sebagai ‘floating center’. Skrin sesentuh ini mengawal keseluruhan sistem hiburan kereta di samping kawalan pendingin udara. Ianya turut dilengkapi dengan ciri navigasi satelit, Bluetooth sambungan internet, DAB digital audio dan kawalan suara.
Dasar peralihan tenaga buka peluang pemain OGSE kembang, teroka pasaran baharu
Sektor OGSE perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
Skor Indeks Kesihatan Mental Belia tahap sederhana
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dedahkan skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 mencatatkan tahap sederhana.
#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 November 2024
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah RMK12 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.
AWANI Ringkas: Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin enam warga Malaysia
Mahkamah Narathiwat menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman pada Isnin kerana disyaki memiliki dadah.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
AWANI Borneo [5/11/2024] – PRN Sabah | Di seluruh negara | Mesra rakyat
Awani Borneo Selasa, 5 November 2024 bersama Assim Hassan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
Pegawai SPRM didakwa salah guna wang sitaan berjumlah RM613,000
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta dengan curang.
McLaren 540C Coupe janjikan prestasi terbaik
Model paling mampu milik oleh pengeluar ini, dari £126,000. Ermm, mahal la juga