Pihak McDonald’s Malaysia sedang melakukan siasatan susulan kes penghantaran palsu dan rompakan ke atas seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan Presiden Muscleteer Malaysia Fadzli Fadhilah, baru-baru ini.
“Kami telah mengenal pasti penghantar berkenaan dan telah mengarahkan rakan perniagaan yang bertanggungjawab atas khidmat penghantaran McDelivery untuk menggantung beliau daripada tugasannya sementara menunggu siasatan kami.
“Tindakan sewajarnya akan diambil setelah siasatan dalaman kami selesai. Kami menyedari satu laporan polis telah dibuat oleh En. Fadzli dan hasrat kami adalah untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa dalam siasatan mereka,” kata jurucakap McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai kepada Astro AWANI menerusi emel.
Beliau turut berkata McDonald’s Malaysia tidak akan membiarkan apa-apa tingkah laku yang menyalahi undang-undang untuk berlaku.
“Kami telah berhubung dengan Fadzli mengenai kejadian ini dan akan terus berkomunikasi dengan beliau dari semasa ke semasa,” tambah Melati.
Pada 17 Jun lalu, seorang lelaki penghantar makanan segera telah membuat penghantaran palsu sebelum Fadzli dirompak sebanyak RM100 di rumahnya.
Beliau memberitahu bahawa lelaki berkenaan merupakan orang yang sama yang menghantar makanan ketika membuat pesanan pada 3 Jun.
“Dia tidak melarikan diri. Dia cuma berjalan ke lif sebab dia tahu saya tidak boleh kejarnya," ujar Fadzli ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah beliau, undang-undang dan akta baru perlu diperkenalkan untuk melindungi OKU kerana golongan OKU tidak berdaya melindungi diri sendiri dan mempunyai banyak batasan.
Syafique Shuib
Mon Jun 30 2014

McDonald's Malaysia sudah mengenal pasti lelaki yang membuat penghantaran palsu

Pembantu maya Alexa+ dilancar, diperkasa kecerdasan buatan
Perkhidmatan baharu Alexa boleh berinteraksi dengan pengguna sama seperti ChatGPT dan Gemini.

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra hari ini.
Belasungkawa: Jenazah Hud Aryan selamat dikebumikan
Jenayah Hud Aryan yang hilang sebelum ditemukan maut di Sungai Kampung Kerila, selamat dikebumikan pada 1.50 pagi, Khamis.

Doktor ditahan, disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit wanita
Polis menahan seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh di tempat kerjanya, semalam.
Michelle Trachtenberg meninggal dunia
Pelakon Hollywood, Michelle Trachtenberg dilaporkan meninggal dunia pada usia 39 tahun di apartmentnya di Manhattan.

Kes tular: Pemuda OKU mengaku bersalah cabul kanak-kanak di masjid
OKU yang tular mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di masjid minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.
Hamas serah empat mayat tebusan, tahanan Palestin dibebaskan
Hamas telah menyerahkan mayat empat tebusan Israel kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sebagai sebahagian daripada pertukaran terakhir dalam gencatan senjata yang rapuh di Gaza.
Akibat cinta ditolak, lelaki serang ugut bunuh wanita
Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes serangan dan ugutan terhadap seorang pengawal keselamatan wanita di Bandar Puteri Puchong.

Kajian mendapati mod gelap tingkatkan penggunaan bateri
Sebanyak 80% peserta didapati meningkatkan keterangan skrin peranti apabila mengakses laman dalam mod gelap.
DBKL tubuh task force perkasa seniman jalanan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif baharu dengan menubuhkan Task Force KL Street Artist bagi menyelaras dan memperkasa aktiviti seni jalanan di ibu kota.

McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.

McDonald's Malaysia 100 peratus entiti milik Muslim
"Sehingga 2023, kami telah menyumbang lebih RM12 juta dalam pembayaran zakat dan menyokong komuniti yang kurang berkemampuan."

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu cungkil bakat guru
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 mengiktiraf pendidik serta menjadi medium bagi mengetengahkan pendidik yang berfikiran luar kotak.

Gaji minimum pekerja McDonald's Malaysia akan diselaraskan
Gaji minimum pekerja McDonald's Malaysia akan diselaraskan | Dagang News

McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM2 juta
Pembayaran bagi tahun 2021 itu menandakan kali kelima McDonald's Malaysia membayar zakat perniagaan dan terbesar jumlahnya.

McDonald's Malaysia: Kami 'kambing hitam' akibat boikot
McDonald's Malaysia berkata mereka adalah 'kambing hitam' kepada individu-individu yang memboikot mereka kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan Israel.

McDonald's kecewa premisnya mengalami vandalisme ekoran boikot
McDonald's Malaysia meluahkan rasa kekecewaannya kerana beberapa premisnya telah mengalami vandalisme yang mengancam keselamatan pekerjanya.

McDonald's Malaysia akan siasat kes penghantaran palsu
McDonald's Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan kes penghantaran palsu dan rompakan ke atas seorang lelaki OKU.

Jerebu: Larian Hari Olimpik Ahad ini ditunda
Keputusan menangguhkan acara tahunan itu diputuskan selepas berunding dengan penganjur bersama, McDonald's Malaysia.