KUALA LUMPUR: Meskipun tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pembubaran Parlimen masih belum diumumkan, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-67 MCA melalui resolusinya hari ini menggesa semua ahli parti itu bersiap siaga di bawah jentera dan strategi bersepadu Barisan Nasional (BN) bagi menghadapinya.
Resolusi itu juga menyebut langkah ini bertujuan mendapatkan kembali mandat rakyat ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas, demokratik dan adil untuk semua.
Perkara itu dinyatakan dalam resolusi tujuh perkara yang diluluskan 1,220 perwakilan yang menghadiri AGM tersebut secara hibrid susulan pandemik COVID-19 dengan 95 orang hadir di ibu pejabat MCA manakala 1,125 menyertainya secara maya.
"Perhimpunan Agung ini tetap berpegang kepada ideologi politik MCA dalam mempromosikan semangat kepelbagaian dan kesederhanaan serta berkhidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum.
"Perhimpunan Agung ini menyeru semua parti agar menghentikan segala bentuk percaturan politik, sebaliknya bersama-sama menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap usaha-usaha membendung penularan pandemik COVID-19, membantu rakyat serta memulihkan ekonomi negara," menurut resolusi itu.
Resolusi itu menyatakan bahawa perwakilan juga bersetuju menyokong usaha kerajaan menyediakan vaksinasi COVID secara percuma, mengutamakan petugas barisan hadapan, golongan berisiko tinggi dan rentan serta mencadangkan penjadualan vaksinasi selaras dengan pembukaan sektor ekonomi.
Perwakilan turut mengalu-alukan tindakan kerajaan Perikatan Nasional meletakkan kembali dasar pendidikan ke landasan yang betul termasuk penambahan serta pemindahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan peruntukan dana pendidikan.
Mereka juga menyokong kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan penularan pandemik agar rakyat dapat kembali menjalani kehidupan normal serta merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang telah berjuang habis-habisan sepanjang tahun lepas dengan memberi sumbangan besar dalam memelihara kesihatan dan keselamatan rakyat.
Menyentuh mengenai ekonomi, perwakilan menyokong pelaksanaan Belanjawan 2021 oleh kerajaan yang pada masa sama, mengetengahkan lebih banyak skim bantuan untuk golongan dan bidang yang paling terjejas akibat pandemik COVID-19 dalam usaha menggerakkan pemulihan ekonomi secara komprehensif serta meningkatkan pendapatan rakyat.
Berikut adalah resolusi Mesyuarat Agung Tahunan ke-67 MCA;
1. Hal Ehwal Parti
- Bersiap siaga sepenuhnya di bawah jentera dan strategi bersepadu Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, dalam usaha mendapatkan kembali mandat rakyat bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas, demokratik dan adil untuk semua.
2. Politik
- Tetap berpegang kepada visi politik parti, dalam mempromosikan semangat kepelbagaian dan kesederhanaan, serta berkhidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum.
- Menyeru semua parti menghentikan segala bentuk percaturan politik, sebaliknya bersamasama menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap usaha-usaha membendung penularan pandemik COVID-19, membantu rakyat serta memulihkan ekonomi negara.
3. Kerajaan
- Menyokong kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan penularan pandemik agar rakyat dapat kembali menjalani kehidupan normal, serta merakamkan penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang telah berjuang habis-habisan sepanjang tahun lepas dengan memberi sumbangan besar dalam memelihara kesihatan dan keselamatan rakyat.
- Menyokong kerajaan menyediakan vaksinasi COVID-19 secara percuma, mengutamakan petugas-petugas barisan hadapan negara, golongan berisiko tinggi dan rentan; serta mencadangkan penjadualan vaksinasi sejurus pembukaan sektor ekonomi.
4. Ekonomi
- Menyokong pelaksanaan Belanjawan 2021 oleh kerajaan, yang memanfaatkan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, di samping mengetengahkan lebih banyak skim bantuan untuk menolong golongan serta bidang yang paling terjejas akibat pandemik COVID-19 dalam usaha menggerakkan pemulihan ekonomi secara komprehensif serta meningkatkan pendapatan rakyat.
5. Pendidikan
- Mengalu-alukan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) meletakkan kembali dasar pendidikan ke landasan yang betul, termasuk penambahan serta pemindahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), peruntukan untuk institusi pendidikan dan sebagainya.
- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021
Resolusi MCA syor dapatkan kembali mandat rakyat ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas, demokratik dan adil untuk semua.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Keluarga hidup dalam ketakutan diganggu along
Sebuah keluarga hidup dalam ketakutan selepas diugut oleh pemberi pinjaman wang haram atau along walaupun telah membayar kesemua wang yang dipinjam daripada pihak terbabit.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
Dakwaan MCA dapat tekanan keluar BN dicipta kalangan tertentu - Zambry
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon telah memaklumkan perkara itu tidak berlaku.
Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.
Ramanan terharu layanan pengundi Cina Sungai Bakap
Ramanan menzahirkan rasa terharu dengan layanan baik masyarakat Cina, ketika menyantuni mereka bersama jentera MCA pada kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap semalam.
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.