IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menunggu laporan lengkap daripada pihak pemaju perumahan berhubung dakwaan kejadian runtuhan cerun berhampiran kawasan perumahan Lahat Waterfront City di sini.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata pihaknya sudah meminta pihak pemaju membuat laporan secara terperinci semalam dengan hasil laporan mengenainya akan diperoleh dalam masa terdekat.
"Ia (kejadian runtuhan cerun) membabitkan banyak perkara. Nanti kita akan maklumkan hasil laporan tersebut," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah pelantikan Ahli Majlis MBI yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sandrea Ng Shy Ching di sini hari ini.
Tular satu video berdurasi satu minit 11 saat seorang pemilik akaun TikTok yang mendakwa kejadian runtuhan cerun itu berlaku berhampiran kawasan perumahan dan berisiko kepada penduduk sekitar.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak Hamdan Ali ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya dimaklumkan oleh MBI bahawa pembangunan dan cerun berada di bawah seliaan pemaju perumahan.
"Pihak JKR Perak belum menerima sebarang permintaan daripada MBI untuk pandangan teknikal, disebabkan cerun itu di bawah pengawasan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu MBI," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata pihaknya sudah meminta pihak pemaju membuat laporan secara terperinci semalam. - Gambar fail
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Laluan FT 185 Simpang Pulai-Cameron Highlands selamat
Gambar cerun runtuh di laluan berkenaan adalah gambar lama yang ditularkan semula.