Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan diskaun kompaun sebanyak 75 peratus atas kesemua kesalahan trafik yang dikeluarkan di bawah Perintah Letak Kereta (MBI) 2005, berkuatkuasa pada 27 hingga 29 Mei ini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Harun Rawi berkata diskaun itu ditawarkan bersempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-27 pada 27 Mei ini dan Pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah.
"Orang ramai boleh mendapatkan tawaran diskaun di kaunter bayaran MBI di Greentown bermula dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.
"Manakala di Pusat Transformasi Bandar (UTC) kaunter bayaran akan dibuka pada pukul 8 pagi hingga 9.30 malam," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Bernama
Tue May 19 2015

MBI tawar diskaun kompaun 75 peratus semua kesalahan trafik. -Foto perakbn.my
Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.
LKIM digesa lebih proaktif bantu nelayan di Kalabakan
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya lebih proaktif membantu nelayan, khususnya dalam memastikan mereka menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
Penolong Pegawai Perubatan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Tenom rekod peningkatan mangsa
Pertambahan jumlah mangsa banjir di negeri ini menjadikan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 24 pusat.
NADMA diminta perkemas kekuatan, pastikan bantuan disalurkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta NADMA memperkemas penyelarasan kekuatan jentera persekutuan dan negeri bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara berterusan.
Semua PPS ditutup, semua penduduk pulang
Banjir di utara Sarawak telah pulih sepenuhnya dengan keempat-empat PPS yang dibuka sebelum ini ditutup.

JIM Kuala Lumpur serbu dua klinik tawar pembedahan kosmetik dikendali warga asing
Serbuan itu turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.

2TM: PDRM tawar pengurangan saman 60 peratus
Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Fairul Nizam Che Rus berkata kadar diskaun tahun ini meningkat berbanding 50 peratus yang ditawarkan pada program tahun lepas.

DBKL tawar kadar khas notis kompaun mulai hari ini
DBKL menawarkan Kadar Khas Notis Kompaun 2022 bermula hari ini hingga 30 Jun depan, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Jubli Emas 50 Tahun Bandar Raya KL.

MBI tawar diskaun kompaun 75 peratus semua kesalahan trafik
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan diskaun kompaun sebanyak 75 peratus atas kesemua kesalahan trafik yang dikeluarkan di bawah Perintah Letak Kereta (MBI) 2005, berkuatkuasa pada 27 hingga 29 Mei.