Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia hari ini.
Ahmad Faizal berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negeri Perak, rakyat di DUN Slim dan UMNO Tanjung Malim.
“Bagi pihak seluruh rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan negeri Perak, saya dengan penuh hiba dan dukacita mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham di atas pemergian beliau akibat serangan jantung di Hospital Bentong, Pahang hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.
BACA: ADUN Slim, Khusairi Talib meninggal dunia
Ahmad Faizal berkata, beliau juga telah kehilangan seorang sahabat yang telah dianggap sebagai saudara kandung.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, dihimpunkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga.
“Didoakan juga agar ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian ini, Al-Fatihah,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jul 15 2020
Ahmad Faizal berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negeri Perak, rakyat di DUN Slim dan UMNO Tanjung Malim.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
UMNO bincang kekosongan kerusi DUN Slim 24 Julai
Semua keputusan berkaitan perkara itu juga dijangka diputuskan di dalam mesyuarat tersebut.