Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyangkal laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) yang menyebut seolah-olah negeri Perak dikategorikan sebagai negeri miskin.
Beliau berkata, laporan yang dikeluarkan oleh KRI itu yang menunjukkan Perak tidak berada pada keadaan pendapatan yang baik dan dianggap antara negeri yang terendah selepas Kelantan sebagai tidak tepat.
"Bagi saya laporan yang dikeluarkan KRI itu memberi gambaran yang tidak baik bagi negeri Perak seolah-olah negeri Perak ini dikategorikan sebagai negeri miskin selepas Kelantan.
"Kalau itu diletakkan sebagai indikator bahawa Perak sebenarnya miskin, itu tidak betul,'' katanya.
Dr Zambry membuat penjelasan ini kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penyerahan Kunci Rumah Pangsapuri Laksamana Amanjaya, Daerah Hilir Perak di pekarangan PPR Pangsapuri Laksamana Amanjaya di Teluk Intan pada Selasa.
Beliau menjelaskan, garis pendapatan dengan garis kemiskinan adalah dua perkara yang berbeza.
"Garis kemiskinan dengan garis pendapatan adalah dua perkara berbeza. Untuk melihat sesebuah negeri miskin, ada garis pendapatan yang ditetapkan. Macam sekarang ini, diletakkan pada garis kemiskinan tegar RM580 manakala untuk miskin RM940.
"Kita bukan berada dalam negeri yang miskin. Kita berada pada kategori yang tengah-tengah pada nombor lapan iaitu berada pada kedudukan tidak miskin," ujar beliau.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim.
KRI dalam laporannya semalam menyebut Perak menjadi negeri kedua yang mempunyai isi rumah kurang di bawah RM2,000 sebulan selain 81.1 peratus isi rumahnya berpendapatan kurang RM6,000 sebulan.
Laporan itu turut menyebut Perlis dan Pahang juga antara negeri yang mempunyai peratusan isi rumah berpendapatan kurang RM6,000 yang tertinggi iaitu masing-masing pada kadar RM80.3 peratus.
Dr Zambry juga berkata, kalau itu yang diletakkan oleh KRI sebagai indikator bahawa Perak sebenarnya negeri miskin bermakna selama ini Perak bergantung kepada Kerajaan Persekutuan termasuklah meminjam untuk membayar gaji kakitangan awam.
"Kerajaan negeri Perak tidak pernah meminjam daripada Kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji kakitangan awam,'' katanya.
Astro Awani
Tue Aug 30 2016

ZAMBRY: Bagi saya laporan yang dikeluarkan KRI itu memberi gambaran yang tidak baik bagi negeri Perak.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tangani banjir secara bersepadu - Zambry
Satu pelan menyeluruh bagi mengendalikan masalah banjir wajar dirangka dengan mengambil kira semua aspek terutama keselamatan dan kebajikan mangsa.

Peruntukan bencana harus disalurkan mengikut keutamaan
Kerajaan negeri akan menilai semula keperluan bagi membolehkan pengagihan peruntukan bencana alam dapat disalurkan mengikut keutamaan.

Perak bangga kejayaan Cheong Jun Hoong - Zambry
Kerajaan negeri dan rakyat Perak turut berbangga dengan kejayaan penerjun kelahiran Perak, Cheong Jun Hoong yang memenangi pingat emas di Kejohanan Akuatik Dunia (FINA).

Kenyataan pembangkang tanda kepincangan kepimpinan - Zambry
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau tidak memandang serius mengenai kenyataan daripada pemimpin pembangkang tersebut.

MB Perak sangkal laporan Institut Penyelidikan Khazanah
Laporan KRI itu menunjukkan Perak tidak berada pada keadaan pendapatan yang baik dan dianggap antara negeri yang terendah selepas Kelantan.