TAPAH:Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu ialah seorang pelajar yang nakal selain liat untuk belajar semasa di bangku sekolah, demikian diceritakan bekas gurunya, Azizan Hashim.
Azizan, 63, bagaimanapun berkata, di sebalik kenakalannya, Ahmad Faizal tahu menghormati orang dan mempunyai daya kepimpinan tinggi semasa menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, Ipoh.
Bekas guru disiplin dan Bahasa Inggeris itu berkata beliau mengajar menteri besar Perak tersebut semasa di tingkatan tiga dan empat.
"Saya pernah mengajar dia (Ahmad Faizal) subjek pendidikan jasmani tetapi banyak berurusan dengannya melibatkan urusan sahsiah kerana dia nakal sikit orangnya.
"Saya pernah pulas telinga dan sideburn (jambang) dia dan tidak sangka pula hari ini dia menjadi MB Perak dan menyampaikan sendiri anugerah kepada saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru 2018 peringkat negeri di Sekolah Menengah Sains Tapah, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, 36 guru menerima pelbagai anugerah dan Azizan menerima Pingat Penghormatan Guru kategori pesara yang disampaikan sendiri oleh Ahmad Faizal
Ahmad Faizal turut menyampaikan anugerah Tokoh Guru Negeri Perak 2018 kepada bekas Pengetua Sekolah Menengah Sains Bagan, Datuk Mohd Ardani Yunos.
Azizan yang juga wartawan sambilan sebuah akhbar tempatan berkata sebagai warga pendidik yang telah berkhidmat selama 39 tahun, beliau bangga dan teruja apabila mengetahui salah seorang anak didiknya berjaya menjadi seorang pemimpin.
"Setiap guru pasti mahu melihat anak didiknya berjaya mahupun menjadi pemimpin, jadi nasihat saya kepada Peja (Ahmad Faizal) jadilah pemimpin yang cemerlang dan memajukan negeri Perak ini," katanya.
Sementara itu, Ahmad Faizal dalam ucapannya meminta semua guru di negeri ini tidak hanya memberi tumpuan mengajar ilmu berdasarkan mata pelajaran khusus sahaja tetapi merangkumi pelbagai aspek.
Katanya, warga pendidik juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memastikan anak murid sedia mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0.
"Survival generasi anak-anak kita dalam Revolusi Industri ke-4 tidak hanya bergantung kepada kemahiran mereka dalam bidang teknologi dan automasi, tetapi juga kekuatan emosi dan spiritual (kerohanian)," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 03 2018
MENTERI Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu ketika memulakan tugasnya di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pada 14 Mei lalu. - Foto BERNAMA
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Tempoh setahun dapatkan tauliah ajar agama di Perak munasabah - MB
Tempoh setahun bagi mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak adalah mencukupi dan munasabah, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Adik lelaki MB Perak meninggal dunia pada usia 49 tahun
Adik lelaki Menteri Besar Perak, Ahmad Rozimi Mohamad meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi Isnin, di Hospital Taiping.
MB Perak nafi khabar angin berlaku perubahan pentadbiran
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan khabar angin bahawa kononnya akan berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri.
'Saya tak gemar ukuran 100 hari' - Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengakui beliau tidak gemar meletakkan sasaran 100 hari bagi dijadikan kayu ukur kejayaan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri.
Pemilihan UMNO: Saya pemimpin kecil, cukup 'main' di Perak sahaja - Saarani
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi merebut mana-mana jawatan tertinggi di Pusat pada Pemilihan UMNO 2023.
Pasca PRU15: Isu dakwaan Bersatu rebut jawatan MB Perak selesai
Bersatu menerima permohonan maaf Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berhubung dakwaannya parti itu berebut jawatan Menteri Besar dengan Pas.
MB Perak umum senarai portfolio Exco
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
PRU15: Parti politik boleh salur sumbangan mangsa banjir melalui pejabat daerah
Mana-mana parti politik yang ingin memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Perak ketika tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh menyalurkannya melalui pejabat daerah.
Tak pernah ada pakatan UMNO-DAP jatuhkan Ahmad Faizal sebagai MB - Saarani
UMNO tidak pernah berpakat dengan DAP untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak pada Disember 2020 lalu.
Pembangkang jangan hasut, kelirukan rakyat dalam isu perlombongan lantanid - MB Perak
Kerajaan Perak mengingatkan pihak parti pembangkang agar tidak menghasut dengan mengelirukan rakyat berhubung isu perlombongan nadir bumi lantanid di Gerik.