KUALA LUMPUR:Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dinasihatkan supaya tidak mengejar populariti dengan tindakan dan kenyataan yang sensitif.
Sebaliknya, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menggesa beliau agar lebih peka kepada keperluan rakyat di negeri itu.
"Cukuplah MB (Menteri Besar) Kedah menuding jari demi menutup kelemahan diri sendiri. Cukuplah juga sandiwara anda di Facebook dan Twitter," kata beliau dalam hantaran yang dikongsi di Facebook di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Muhammad Sanusi di Facebooknya baru-baru ini yang menasihatkan Saravanan untuk menumpukan kepada kerja-kerja kementerian sahaja.
Saravanan dengan sinis turut berkata, yang beliau akan cuba memperbaiki prestasinya pada masa depan sekiranya terdapat kepincangan dalam cara menjalankan tugas yang diamanahkan.
"Terima kasih kepada MB Kedah di atas saranan beliau. Untuk pengetahuan, saya sedang menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Manusia dengan penuh komited, melaksanakan amanat yang dipertanggungjawabkan tanpa sesekalipun membelakangkan kebajikan dan aspirasi tenaga kerja Malaysia.
"Walau bagaimanapun, saya hairan kenapa seorang MB tidak tahu mengenai pelbagai inisiatif dan strategi yang terus dirancang dan dilaksanakan dalam menyantuni keperluan sektor tenaga kerja dan kelangsungan ekonomi negara.
"Baik angkat sahaja telefon, hubungi Timbalan Menteri Sumber Manusia yang mewakili Pas dari negeri Kedah sendiri untuk mengetahui secara terperinci akan usaha dan inisiatif Kementerian Sumber Manusia," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Saravanan turut berharap Muhammad Sanusi akan mendapat teladan daripada kerajaan negeri lain yang mengusahakan pakej pemulihan khas, tambahan kepada pelan pemulihan kerajaan persekutuan demi membantu rakyat yang terkesan.
"Saya juga berharap menteri besar akan mengambil tindakan terhadap tuduhan kilang dan industri haram yang muncul bagai cendawan di negeri Kedah dan membantu usaha Kementerian Sumber Manusia," ujarnya.
Menurut beliau lagi, segala inisiatif dan tindakan Kementerian Sumber Manusia dimaklumkan kepada rakyat secara berterusan.
Namun demikian katanya, rakyat negeri Kedah pula dikejutkan secara beterusan dengan kenyataan sensasi menteri besar seperti penemuan tanah nadir RM43 trilion, perobohan kuil dan pembatalan cuti Thaipusam.
"Sebagai pemimpin sebuah negeri, santunilah aspirasi dan kebajikan rakyat anda. Cukuplah sandiwara politik yang memupuk kebencian dan mengganggu keharmonian," tambahnya.
Dalam hantaran yang sama Saravanan turut berkongsi beberapa pautan mengenai inisiatif Kementerian Sumber Manusia dalam menangani impak COVID-19 untuk makluman Muhammad Sanusi.
Umavathi Ramayah
Sat Jan 23 2021
!['MB Kedah, cukuplah bersandiwara di Facebook, Twitter' - Saravanan 'MB Kedah, cukuplah bersandiwara di Facebook, Twitter' - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611404886_TBSanusiSaravanan.jpg)
Saravanan (kanan) berharap Muhammad Sanusi akan mendapat teladan daripada kerajaan negeri lain yang mengusahakan pakej pemulihan khas, tambahan kepada pelan pemulihan kerajaan persekutuan demi membantu rakyat yang terkesan. - Foto Astro AWANI
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706169411_GobindSinghDeo.jpg)
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
![Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706074735_ThaipusamBatuCave.jpg)
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
![Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706163254_tbThaipusamBanjir.jpg)
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
![TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Thaipusam TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706158824_thaipusam.jpg)
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Thaipusam
Ahmad Zahid menerusi catatan di Facebook berkata keindahan Malaysia terisi dengan kepelbagaian kaum, agama, adat dan tradisi, namun ia tetap harmoni.
![Thaipusam kukuhkan nilai kekeluargaan Thaipusam kukuhkan nilai kekeluargaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706140350_ThaipusamKedah.jpg)
Thaipusam kukuhkan nilai kekeluargaan
Bagi Nanthagoballa Morganan mengangkat kavadi pada usia dewasa menjadi lebih bermakna buatnya.
![PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706106595_AnwarIbrahim.jpg)
PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada masyarakat Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.
![500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam 500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675571632_penganutHindu.jpg)
500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam
Terdapat lencongan dan penutupan jalan bagi memberi ruang kepada perayaan serta perarakan pedati juga kavadi.
![Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup mulai esok sempena Thaipusam Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup mulai esok sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705995376_Thaipusam.jpg)
Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup mulai esok sempena Thaipusam
Beberapa jalan-jalan utama di Pulau Pinang akan ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan pedati perak sempena sambutan Thaipusam.
![Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup bermula malam esok - Polis Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup bermula malam esok - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705934994_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup bermula malam esok - Polis
Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam esok bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.
![Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705921434_RapidBus.jpg)
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.