Mayat salah seorang mangsa lemas di Pantai Rhu Sepuluh Setiu, Terengganu, Mohd Naim Adnan ditemui kira-kira jam 11.50 pagi tadi oleh anggota bomba dari Unit Selam Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata mangsa dijumpai selepas pasukan penyelamat mengesan objek terapung di permukaan laut kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Pasukan penyelamat terpaksa membawa jenazah mangsa ke Jeti Kuala Merang berikutan ombak besar.
Jenazah kemudiannya telah dihantar ke Hospital Setiu, Terengganu untuk proses bedah siasat.
"Kita ada seorang lagi mangsa yang masih belum dijumpai dan kita akan meneruskan lagi usaha mencari dan menyelamat yang melibatkan pelbagai agensi yang terdiri daripada bomba, JPAM (Jabatan Bomba dan Penyelamat), polis marin dan maritim.
"Kita akan mohon bantuan daripada unit udara PDRM (polis dan helikopter polis," tambah Elias.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan lebih 60 anggota dari JPAM, polis dan penduduk kampung masih diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang, Mohd Wafiq Mohd Nor, 17.
"Jadi kami percaya dengan petunjuk itu, seorang lagi mangsa akan ditemui dalam masa terdekat dengan usaha dan gerakan mencari dipergiatkan," katanya lagi.
Menurut Ketua Zon 1 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu, Wan Azmi Ahmad, pihak bomba telah memulakan operasi menyelamat daripada jeti pelancongan Kuala Besut sehingga ke Penarik.
Sementara itu, nelayan di kawasan berkenaan berkata keadaan laut yang tidak menentu pada musim tengkujuh amat berbahaya kepada pengunjung.
Menurutnya, rata-rata mangsa yang lemas di pantai terbabit adalah bukan penduduk tempatan.
Dalam kejadian semalam, dua pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) lemas ketika mandi di pantai itu.
Mohd Naim, penuntut Sekolah Menengah Datuk Seth dan Mohd Wafiq, pelajar Sekolah Sains Batu Pahat, Johor hilang selepas dipukul ombak besar ketika hendak beredar meninggalkan pantai berkenaan.
Mangsa bersama enam rakan lain dari Batu Pahat, Johor yang menyertai rombongan jemaah tabligh mandi di pantai berkenaan kira-kira jam 9 pagi.
Astro Awani
Tue Dec 22 2015
Dalam kejadian semalam, dua pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) lemas ketika mandi di pantai itu. - Gambar Fail
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Lelaki dikhuatiri lemas jatuh jambatan Jertih
Kejadian itu telah dilihat oleh pengguna jalan raya sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Warga emas lemas ketika memukat ikan
Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan lopak air dalam ladang sawit di Jerangau Barat, Ajil, pagi tadi.
Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik
Nur Arina dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum bomba tiba.
Kanak-kanak 8 tahun ditemukan lemas di tebing Sungai Danga
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang besar di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam ditemukan lemas di tebing Sungai Danga petang tadi.
Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
Lelaki diserang sawan sebelum ditemukan lemas di bilik air
Bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian diklasifikasikan sebagai lemas.