ISKANDAR PUTERI:Mayat seorang lelaki Orang Asli daripada suku Seletar yang hilang tiga hari lalu ditemui mati dalam keadaan terapung di Sungai Karang, Gelang Patah kira-kira pukul 4 petang Jumaat.
Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, PgKB II Mohd Yunus berkata, Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) itu melibatkan seramai 30 pegawai bomba termasuk unit anjing pengesan (K9), unit penyelamat di air dengan aset tiga buah bot, selain turut dibantu 20 buah bot nelayan kampung dan sebuah bot maritim.
Walau bagaimanapun, punca kematian mangsa tidak dapat dipastikan dan mangsa dibawa ke Hospital Kulai untuk dibedah siasat setelah dibawa ke jeti maritim pada 4.30 petang.
Beliau berkata, hasil siasatan turut mendapati mangsa juga dipercayai mempunyai masalah kesihatan iaitu asma.
“Kami mendapat panggilan dari keluarga mangsa apabila mangsa keluar ke kawasan paya bakau sekitar Sungai Boh dan Karang untuk menangkap ketam pada 6 hari bulan.
“Keluarga mangsa buat laporan selepas mangsa gagal pulang pada 6 Januari, operasi SAR bermula pada 7 Januari pagi melibatkan bomba maritim dan orang kampung, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan tiga bot bomba dan satu maritim termasuk 20 orang awam.
Semalam, media melaporkan seorang lelaki orang asli dikhuatiri hilang ketika mencari ketam di kawasan Hutan Paya Bakau Sungai Boh.
Isteri mangsa wangti yang bimbang apabila suaminya tidak pulang sehingga lewat petang telah memaklumkan penduduk kampung, yang kemudiannya berusaha mencari, namun mereka hanya menemui bot suaminya sekitar kawasan hutan sebelum membuat laporan polis.
Astro Awani
Fri Jan 08 2021
Punca kematian mangsa tidak dapat dipastikan dan mangsa dibawa ke Hospital Kulai untuk dibedah siasat setelah dibawa ke jeti maritim pada 4.30 petang. - Foto BERNAMA
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Santuni MADANI: Kampung Pertanian dipilih kampung angkat Dr Zaliha
Dr Zaliha pernah membuka klinik di kawasan Bandar Putra Kulai dengan kebanyakan pesakit adalah penduduk dari Kampung Pertanian.
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
Polis mohon kesan remaja perempuan hilang sejak 5 Mac di Kulai
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Balai Polis Kulai di talian 07-6632222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Teo Feng Shun 018-3774339.
Polis buru lelaki paut belakang treler bergerak
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang melakukan aksi berbahaya dengan berpaut pada belakang sebuah treler bergerak atas lebuh raya.
Imigresen gagalkan cubaan suami isteri mohon pasport Malaysia melalui pemalsuan identiti
Jabatan Imigresen Johor gagalkan cubaan sepasang suami isteri memperoleh pasport Malaysia melalui pemalsuan identiti di Kulai.
Lelaki maut motosikal terbabas masuk parit
Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 21 tahun itu dalam perjalanan dari arah Ulu Tiram menuju ke arah Kawasan Perindustrian Senai.
PN mampu buat kejutan di Pulai, Simpang Jeram - Mohd Amar
PN mampu membuat kejutan dengan memenangi kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, 9 September ini.
PRK: Zulkifli, Mazri calon PN Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai, Zulkifli Jaafar diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.
Empat ditahan bergaduh selepas mabuk
Polis menahan empat lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu insiden pergaduhan di luar sebuah premis berkonsep bistro di Jalan Kiambang 12 Indahpura di Kulai.
Dua individu dipanggil berhubung kes rangka wanita ditemukan dalam bagasi
Individu terlibat ialah pemberi maklumat mengenai penemuan mayat tersebut dan yang membuat laporan polis.