BATU KAWAN : Satu mayat tanpa identiti ditemui dalam keadaan terapung di laut berhampiran Jeti Bagan Bukit Tambun pada jam 11.45 pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Ng Ah Thiam berkata, polis yang menerima laporan mengenai penemuan itu terus ke lokasi untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, tangan, kaki dan leher mayat tersebut dalam keadaan terikat dengan tali bersama sebongkah batu di muara sungai.
"Pemeriksaan pada mayat juga menemui kesan terbelah di bahagian perut mangsa dipercayai dicederakan dengan menggunakan senjata tajam.
"Mangsa memakai baju berkolar, lengan pendek berwarna merah dan seluar 'boxer' berwarna hitam. Setakat ini identiti mangsa masih belum diketahui," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.
"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini atau ahli keluarga yang hilang diminta untuk segera tampil memberi keterangan atau menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintenden Mohd Hafiz Mohd Noor di talian 019-465 0777 atau hotline Polis SPS (04-5858222) atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (04-2221522) atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 08 2023
Satu mayat tanpa identiti ditemui dalam keadaan terapung di laut berhampiran Jeti Bagan Bukit Tambun pada jam 11.45 pagi Jumaat. - Gambar hiasan
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Mayat lelaki tanpa identiti, leher diikat batu ditemui terapung
Hasil siasatan awal mendapati, tangan, kaki dan leher mayat tersebut dalam keadaan terikat dengan tali bersama sebongkah batu di muara sungai.
Mayat lelaki bertatu bunga ditemui terapung di Sungai Batang Rajang
Mayat seorang lelaki tanpa identiti dan bertatu bunga telah ditemui terapung di Sungai Batang Rajang berdekatan Kampung Hilir Kanowit pagi tadi.