SEPANG: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tangannya terikat di tepi Jalan Sepang-Salak, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, penemuan mayat itu dimaklumkan pihaknya pada jam 8.32 pagi selepas menerima panggilan daripada orang awam.
Menurutnya, sepasukan polis dari Unit Forensik dan Bahagian D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan Unit Anjing Pengesan (K9) IPD KLIA telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
"Pemeriksaan awal di lokasi tidak menemui apa-apa dokumen pengenalan diri mangsa yang berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu.
"Mangsa dalam keadaan berpakaian baju T warna putih berkolar, seluar panjang hitam dan pelitup muka di bawah dagu itu ditemui dengan tangan diikat menggunakan wayar kabel," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa juga didapati tiada kesan suntikan bacille calmette-guerin (BCG).
Katanya, pemeriksaan unit forensik telah menemui satu sarung sabit, tiga puntung rokok, gumpalan rambut serta dua kesan darah.
Selain itu, terdapat kesan kecederaan pada perut dan luka pada zakar mangsa.
"Siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti motif kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
"Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam pada itu, polis meminta mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau rakan untuk tampil memberi bantuan kepada pihak polis.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 15 2022

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tangannya terikat di tepi Jalan Sepang-Salak pada Jumaat. -Gambar hiasan
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.
Trump mahu pulihkan hubungan dengan Jong-Un
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuarakan hasratnya untuk memulihkan hubungan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang terjalin semasa penggal pertamanya sebagai presiden.

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Mayat lelaki tangan terikat ditemui tepi jalan
Mangsa dalam keadaan berpakaian baju T warna putih berkolar, seluar panjang hitam dan pelitup muka di bawah dagu itu ditemui dengan tangan diikat menggunakan wayar kabel.