Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar berkata, mayat lelaki berusia 30- an itu ditemukan pada jam 11.45 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bomba dan polis.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada rakan mangsa yang memaklumkan dia terjatuh ke dalam Tasik Pedu semasa memukat ikan.
“Pengadu bersama rakannya (mangsa) telah turun tasik dengan menaiki bot pada jam 4 pagi, untuk memasang pukat dan kemudiannya berpatah balik ke tebing untuk berehat sebentar.
“Kemudian pada jam 5 pagi mereka berdua telah turun semula ke tasik untuk menarik pukat dan tiba-tiba mangsa telah mengalami sawan dan terjatuh ke dalam tasik. Pengadu cuba menyelamatkan rakannya dengan terjun ke dalam tasik namun mangsa tidak dijumpai,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Mulkiaman berkata, mayat mangsa dibawa ke tebing sebelum pengecaman mayat dibuat isterinya.
Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk tindakan tindakan lanjut.
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.