Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam sawah berair di Taman Uda, Jalan Sultanah, dekat Alor Setar, hari ini.
Mangsa, Suhaimi Shuib, 45, yang dipercayai menetap di Jalan Sekolah, Alor Merah itu ditemui orang awam sebelum menghubungi pihak berkuasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.19 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Fisol Abdul Kadir tiba di lokasi pada jam 7.25 malam.
Operasi disertai 12 anggota dan dua jentera serta sebuah motosikal RIM.
Setibanya anggota di lokasi, didapati mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Mohamadul Ehsan berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Sep 25 2020

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Foto ihsan bomba

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Mayat lelaki ditemui terapung di sawah
Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam sawah berair di Taman Uda, Jalan Sultanah, dekat Alor Setar, hari ini.

PM bersarapan dengan rakyat di Medan Selera Alor Merah
Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut ribuan orang ramai yang berada di medan itu yang kelihatan cukup teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.