Mayat seorang lelaki ditemui setelah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan Sekolah Kebangsaan Tun Dr Syed Nasir, Felda Pasak, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata lelaki terbabit dipercayai berada di sekolah itu untuk mencuri wayar tembaga dan mayatnya ditemui tukang kebun sekolah itu pada 7.15 pagi ketika hendak memotong rumput.
"Polis menemui pemotong wayar, tiga gulung wayar tembaga serta motosikal dipercayai milik lelaki terbabit yang ditinggalkan tidak jauh dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
Sementara itu, guru besar sekolah tersebut, Tugi Wagiman berkata dia bergegas ke lokasi penemuan mayat setelah dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
"Mujurlah segala proses pendaftaran murid sudah diadakan pada minggu lalu dan bukannya hari ini.
"Jika tidak, pasti akan menimbulkan keadaan kurang selesa kepada ibu bapa dan murid-murid," katanya.
Bernama
Tue Jan 01 2013
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Mayat lelaki dipercayai jatuh dari bangunan sekolah
Mayat seorang lelaki ditemui setelah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan Sekolah Kebangsaan Tun Dr Syed Nasir, Felda Pasak.