Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan dalam keadaan separuh badannya ditanam di sebuah kebun durian di Jalan Pulai Mesra 19, Bandar Baru Kangkar, Pulai, di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata mayat berpakaian lengkap dan sudah reput di bahagian muka itu ditemukan oleh orang awam pada kira-kira 2.30 petang.
"Kita (polis) telah gali dan mendapati mayat lelaki berumur lingkungan 18 hingga 40 tahun berkenaan berbaju T berwarna merah dan berseluar jeans pendek.
"Turut dijumpai berhampiran mayat adalah wayar jumper bateri kereta, namun, tidak terdapat kecederaan fizikal. Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira seminggu atau dua minggu lepas," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata menerusi siasatan awal, mayat tanpa identiti itu dipercayai lelaki tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada lengan kiri.
Noor Hashim berkata terdapat kesan lebam pada badan lelaki itu, kesan jerut di leher dan berkemungkinan dia dipukul dengan senjata tumpul di dada serta belakang badan.
"Si mati juga memakai anting-anting berlogo Nazi di sebelah telinga kiri dan cincin jenis 'stainless steel' (keluli tahan karat) saiz sembilan di jari hantu tangan kanan bertulis 'forever love', " katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 07 2018
Terdapat kesan lebam pada badan mayat, kesan jerut di leher dan berkemungkinan dia dipukul dengan senjata tumpul di dada serta belakang badan. - Gambar hiasan
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.
Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.
Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos
Susulan kelulusan daripada Kerajaan China, penghantaran sulung durian segar Malaysia beserta kulitnya dijangka memasuki pasaran China menjelang akhir bulan ini.
Nafas galak ahli peladang ceburi tanaman durian bermutu tinggi
Penanaman durian bermutu tinggi mampu menjana pendapatan lumayan dan mendatangkan keuntungan besar kepada pekebun.
Durian, rambutan segar ‘gugur’ di benua Afrika, perluas pasaran baharu
Para tetamu dihidangkan dengan Durian D197 yang terkenal, juga dikenali sebagai Musang King dan Rambutan Budak Sekolah.
Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan
Pengeksportan pertama durian segar ke China tidak akan menjejaskan pasaran dan harga buah itu di pasaran tempatan.
FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China
FAMA diminta menjadi pemudah cara dan mencari mekanisme untuk membincangkan perkara itu kerana ia merupakan peluang melebarkan perniagaan pengusaha durian di kampung.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China
Sambutan pesta durian pada Sabtu di selatan Thailand mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.
Johor akan bangunkan pusat pengumpulan durian atasi jangkaan lambakan
Lambakan itu dijangka berlaku berikutan penanaman durian berskala besar yang dilakukan pekebun sejak beberapa tahun lepas.