Mayat seorang lagi pekerja binaan warga Bangladesh, yang terperangkap dalam runtuhan lantai projek terminal LRT di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights, Selangor, ditemui pada 1.10 pagi ini.
Dengan penemuan itu, pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor menghentikan operasi mencari dan menyelamat setelah mangsa pertama ditemui lewat malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Sani Harul berkata bagaimanapun, mayat lelaki itu belum lagi dikenal pasti identitinya. Mayat seorang lagi warga Bangladesh dikenali sebagai Md Suman Mollah, berumur dalam 30-an, ditemui pada 10.24 malam.
"Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan," katanya.
Kejadian lantai runtuh itu berlaku pada 4.20 petang semalam ketika enam pekerja menjalankan proses meratakan konkrit cair pada lantai di tingkat satu sebelum ia runtuh lalu menghempap dua pekerja malang itu, yang berada di tingkat bawah.
Dalam kejadian itu, dua pekerja terselamat, manakala empat orang lagi cedera dan mereka dihantar ke Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.
Ini merupakan insiden kedua pada tahun ini melibatkan LRT dan insiden pertama berlaku pada, 26 Jun lepas, apabila seorang pemandu kereta lelaki dan penumpang wanita nyaris maut setelah beberapa batang besi di tapak pembinaan LRT di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan
menghempap kereta, yang dinaiki mereka.
Besi itu terlepas dari mesin pengangkut semasa kerja mengangkat batang besi dijalankan dan terkena kenderaan mangsa jenis Honda Civic.
Bernama
Thu Dec 25 2014
Mayat kedua mangsa runtuhan konkrit projek LRT ditemui
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding parit konkrit
Mayat mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Tadi, 29 tahun dan Mustaqim, 42 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Masjid cetakan 3D pertama di dunia
Struktur setinggi dua tingkat yang meliputi 2,000 meter persegi itu boleh memuatkan kira-kira 600 jemaah.
Ecuador guna dadah kokain sebagai bahan binaan
Setakat ini kira-kira 350 tan kokain hancur dan pes koka yang dirampas antara 2021 dan 2022 telah digunakan.
Anggota bomba cedera konkrit jatuh ketika padam kebakaran
Seorang pegawai bomba cedera selepas simen konkrit beam anggaran dua ketul bata jatuh di atas helmetnya ketika terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran di Shah Alam.
PKPD: Penduduk alih penghadang jalan laluan alternatif
Baru memasuki hari ketiga PKPD melibatkan 21 mukim di Kuala Terengganu, sudah ada individu yang bertindak mengalihkan konkrit dan penghadang jalan yang dipasang di laluan alternatif.
Adakah jalan-jalan kita selamat?
Jika ia melibatkan orang awam yang hanya secara kebetulan berada di tempat kejadian. sudah tentu rakyat akan menuntut tindakan-tindakan yang drastik.
Konkrit hempap kereta: Kontraktor utama, subkontraktor SUKE dikenakan penalti RM180,000
Kontraktor utama, MRCB Builders Sdn Bhd dikenakan penalti sebanyak RM80,000 manakala subkontraktor, Makna Setia Sdn Bhd, RM100,000.
Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.
Bongkah konkrit hempap kereta: DBKL pantau, perkasa peraturan tapak pembinaan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mempergiat pemantauan dan memperkasakan peraturan berkenaan keselamatan di kawasan tapak pembinaan di ibu negara.
Pakar patologi, lima lelaki fail rayuan terhadap hukuman mati bunuh Kevin Morais
Keenam-enam perayu memfailkan notis rayuan melalui peguam mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini hari ini.