Mayat pekerja warga China yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka karam petang semalam berhampiran Empangan Kobat, di Indera Mahkota di sini, ditemui pagi ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Chen Xi ditemui pada jam 9.33 pagi manakala rakannya, Ren Cheng, ditemui jam 10.04 pagi. Kedua-duanya berusia 29 tahun.
Kedua-dua mangsa ditemui kira-kira 20 meter daripada tempat bot berkenaan karam, menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul.
"Mangsa ditemui oleh anggota pasukan pencari dan penyelamat (SAR) yang melakukan pencarian sehingga jarak 300 meter daripada tempat mangsa hilang," katanya ketika dihubungi.
Mohd Sani berkata, mayat mangsa sudah diserahkan pihak polis ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk tujuan bedah siasat.
"Pusat operasi kini ditutup selepas pencarian mangsa dibuat sejak jam 4.35 petang semalam," katanya.
Kejadian kira-kira jam 4 petang itu berlaku ketika mangsa menaiki bot berkenaan bersama dua lagi rakan mereka, juga warga China, dan seorang pemandu bot warga tempatan.
BACA: Bot terbalik di Kuantan, 2 warga China dikhuatiri lemas
Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Duan Feng dan Zhang Jian Zheng - kedua-duanya 27 tahun - manakala pemandu bot berkenaan adalah Mohd Yusdi Mohd Yusof, 38 tahun.
Difahamkan ketika kejadian, kesemua mangsa sedang melakukan lawatan kerja ke kawasan empangan itu sebelum bot dinaiki mereka karam.
Noraniza Kamsani
Fri Apr 27 2018
Anggota bomba membawa mayat mangsa bot karam berhampiran Empangan Kobat, di Indera Mahkota, di sini, yang ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi ini. Foto ihsan bomba
Jepun semak semula larangan kunjungi Pantai Timur Sabah
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew berkata, keputusan itu disifatkan sebagai satu perkembangan positif dalam sektor pelancongan Sabah.
Himpunan aman gempur rasuah sabah tidak wakili UMS
Perhimpunan aman gempur Rasuah Sabah di hadapan Menara Kinabalu pada 31 Disember anjuran kumpulan mahasiswa tidak mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sukan SEA: Venue berpusat lebih baik - MOM
Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata pihaknya tidak mahu venue pertandingan berselerak seperti Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang dianjurkan di sembilan bahagian di negeri itu, Ogos lepas.
Polis tahan suspek pukul lelaki di kedai makan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang individu dipukul di sebuah kedai makan di Machang Bubok, di sini yang video berhubung insiden tersebut turut tular di media sosial pada Ahad.
Nahas Jeju Air: Korea Selatan berkabung tujuh hari
Pemangku Presiden Korea Selatan Choi Sang-mok pada Ahad mengumumkan tempoh berkabung tujuh hari di seluruh negara berikutan nahas pesawat yang meragut sekurang-kurangnya 177 nyawa, dengan dua orang masih hilang, menurut pejabatnya
Zikir di Kubur: Biarkan JAWI siasat - Mohd Na'im
semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tindakan sekumpulan individu berhimpun di sebuah pusara dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak di sini pada sabtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata semua pihak dimohon untuk menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa agama Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata semua pihak dimohon untuk menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa agama Islam.
Mayat lelaki ditemukan dalam but kereta, dua suspek ditahan
Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki tempatan dalam but sebuah kereta di Kilometer 26, Jalan Jemaluang-Kahang, Mersing Johor pada Sabtu.
Nahas Jeju Air: Anwar rakam takziah kepada Korea Selatan, Thailand
Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Korea Selatan dan Thailand yang sedang berduka susulan nahas tragedi pesawat Jeju Air 7C2216 yang terhempas pagi Ahad.
Dalam satu perkongsian di laman media sosialnya, Perdana Menteri berkata, beliau secara peribadi merasa amat sedih dengan nahas pesawat tragis di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan.
Dalam satu perkongsian di laman media sosialnya, Perdana Menteri berkata, beliau secara peribadi merasa amat sedih dengan nahas pesawat tragis di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan.
[TERKINI] Presiden Ilham Aliyev dakwa Rusia tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev secara terbuka mendakwa Rusia telah menembak pesawat penumpang Azerbaijan Airlines J2-8243 pada 25 Disember lepas hingga menyebabkan ia terhempas.
Suhu purata Jepun pada 2024 dijangka catat rekod tertinggi
Suhu purata Jepun pada 2024 dijangka mencatat rekod tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut, menurut laporan media tempatan yang dipetik Xinhua.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat
Persiapan penduduk dengan bot sangat penting dalam menempuh sebarang kemungkinan lebih buruk pada musim tengkujuh.
Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai.
Penduduk mula sediakan bot, rak tinggi sebagai persediaan hadapi banjir
Kawasan kampung itu antara 'hotspot' banjir justeru penduduk sudah mula mengambil inisiatif membuat persiapan awal.
Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut
Bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.
40 bot nelayan asing dilupuskan jadi tukun tiruan
Kaedah penenggelaman bot-bot nelayan asing sebagai tukun tiruan merupakan inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin.
Anggota APMM Sabah didakwa terima rasuah
Tertuduh didakwa menerima wang itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas bot yang mempunyai lesen bot tamat tempoh.
1.03 tan daun ketum tidak sempat keluar muara Kuala Kedah
Bot tersebut dikesan menuju keluar dari muara Kuala Kedah dalam keadaan gelap dan mencurigakan sekitar jam 6.30 pagi.