Mayat dua lelaki ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat serta muka ditutup dengan plastik lut sinar di dalam but sebuah kereta di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Bagan Serai, Jumaat.
Mayat Ting Liong Chin, 28, yang berasal dari Cheras dan Seu Hong Chee, 19, dari Kepong, Kuala Lumpur, ditemui dalam but kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu kira-kira pukul 4.05 petang.
Menurut seorang pekerja di hentian itu yang enggan dikenali, beliau melihat kereta itu dalam keadaan mencurigakan selepas terhidu bau busuk dan terdapat banyak lalat di kereta berkenaan.
"Kereta yang berkunci ini berada di sini sejak pukul 7.30 petang semalam. Saya tidak pasti siapa yang tinggalkan kereta di sini dan melaporkan perkara itu kepada polis," katanya.
Polis telah memecah tingkap kereta berkenaan untuk membuka but kereta sebelum menemui dua mayat berkenaan, katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.
Bernama
Sat Oct 05 2013
Milwaukee di AS proses semula 30,000 undi pos akibat isu pengiraan
Masalah mesin itu berpunca daripada kesilapan manusia dan menegaskan bahawa tiada bukti berlaku sebarang campur tangan.
Lebih 30 ancaman bom palsu sasar lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh AS
Hampir 30 ancaman bom palsu menyasarkan lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh Amerika Syarikat.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
AWANI Pagi: Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial
Ikuti diskusi siaran luar 8.30 pagi Rabu dari Hotel Tenera, Bangi bersama Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman membincangkan mengenai signifikan Arkib Negara Malaysia menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti.
PM Anwar jumpa pelabur berpotensi pada hari ketiga lawatan kerja ke China
PM Anwar dijangka bertemu beberapa syarikat dan mengadakan sesi meja bulat dengan 23 kapten industri.
AWANI Pagi : AS Memilih | Perebutan ke White House
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Saqib Sheikh, Felo Pelawat Institut Kepimpinan dan Strategi ASEAN , dan Dr. Oh Ei Sun, Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, yang akan membincangkan mengapa Pilihan Raya Presiden AS ini penting untuk seluruh dunia serta implikasi besar yang mungkin tercetus selepas keputusan diumumkan.
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
Tinjauan CNN: Panarafan kelulusan Biden merosot ketika pengundi luahkan ketidakpuasan
Penarafan kelulusan Presiden AS, Joe Biden yang bakal berundur menunjukkan penurunan di seluruh negara.
Siapa ke White House, Harris atau Trump?
Pandangan geostrategis Azmi Hasan mengenai pillihan raya Presiden Amerika Syarikat, saingan antara Kamala Harris dari Demokrat dan Donald Trump, wakil Republikan dalam proses demokrasi yang dianggap sengit dalam sejarah negara itu.
Tanpa pelaburan tahan cuaca, bandar-bandar dunia diancam kerugian AS$1 trilion setiap tahun - Laporan PBB
Bandar-bandar di seluruh dunia memerlukan sehingga AS$5.4 bilion untuk membina infrastuktur bandar yang mampu beradaptasi dengan ancaman perubahan iklim.
Mayat dua lelaki ditemui dalam but kereta Proton Waja
Mayat Ting Liong Chin, 28, yang berasal dari Cheras dan Seu Hong Chee, 19, dari Kepong, Kuala Lumpur, ditemui dalam but kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu kira-kira pukul 4.05 petang.