Penduduk Bandar Tun Razak, di sini, digemparkan dengan penemuan mayat bayi perempuan oleh jemaah Surau al-Raudhah sekitar jam 6 pagi Ahad yang diisi dalam beg di hadapan tangga surau itu.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Al-Raudhah, Mahmud Yusof, 60, berkata, selepas selesai menunaikan solat Subuh berjemaah sekitar jam 6, mereka terdengar jemaah kanak-kanak bising di belakang saf dan mengatakan ada beg berbau busuk.
Beliau terus bangun dan pergi melihat beg yang terletak di hadapan tangga surau itu dan cuba memastikan kandungan dalam beg dengan memegang serta mengangkatnya.
“Saya pegang dan angkat beg itu, rasa berat berat serta benda di dalamnya lembik selain ada bau darah. Kemudian saya lihat berhampiran dengan beg itu memang ada kesan darah di atas lantai.
“Saya rasa tidak sedap hati, letak semula dan terus pergi ke Balai Polis Bandar Tun Razak untuk membuat laporan berkaitan penemuan beg yang disyaki ada bayi itu,” katanya.
Beliau yang pulang terlebih dahulu ke surau mendapati ramai jemaah sedang berkumpul di surau dan disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi, mereka sama-sama membuka beg itu lalu terkejut melihat memang benar ia mayat bayi.
Menurut Mahmud, ia kejadian kali pertama berlaku di surau berkenaan yang telah wujud sekitar 30 tahun lepas.
"Tidak pernah berlaku kejadian sedemikian dan kami amat kesal dengan kejadian itu serta menzahirkan rasa kasihan ke atas bayi itu.
“Jemaah memang berasa kesian kerana orang berkenaan tidak sepatutnya buat begitu terhadap bayi itu. Jangan biarkan begitu kerana dia (bayi) ni ahli syurga, sebab tidak sanggup hendak lihat bayi dalam keadaan begitu kami tutup dengan sejadah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes berkenaan sedang dalam proses siasatan.
Astro Awani
Mon Dec 26 2016

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Gambar Astro AWANI

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

JKM cari waris bayi dibuang berhampiran rumah kongsi
Bayi berusia sebulan enam hari itu telah diselamatkan seperti mana peruntukan Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mayat bayi perempuan dijumpai di surau di Rompin
Seorang jemaah yang baru selesai menunaikan solat Subuh di surau Al-Raudah di Bandar Tun Razak, Rompin pada Ahad, menjumpai mayat seorang bayi perempuan di ruang solat luar surau itu.

Suami isteri terkejut, bayi ditinggalkan di hadapan pintu rumah mereka
Sepasang suami isteri terkejut dengan penemuan seorang bayi lelaki di hadapan pintu rumah kedai mereka.