Mayat seorang bayi perempuan ditemui tergantung dalam bungkusan plastik di pagar belakang Masjid Jerantut Feri awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azid Ismail berkata pihak polis menerima maklumat berkenaan perkara itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

"Orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak plastik tersebut," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata bayi itu cukup sifat tetapi terdapat kesan lebam di tangan, punggung serta pahanya.