KOTA BHARU: Seorang pembuat batik maut selepas menghantar ibunya menjalani rawatan dialisis selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain dalam kejadian berdekatan stesen minyak di Jalan Penambang, Pantai Cahaya Bulan (PCB), pada Khamis.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, Muhammad Sayuqi Razali, 32, dari Kampung Kijang memandu kereta jenis Perodua Viva dari arah Kota Bharu ke PCB difahamkan turut terkena serangan jantung.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, kenderaan dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan di kawasan berkenaan dan memasuki laluan bertentangan.
“Pada masa sama, ketika itu terdapat sebuah kenderaan jenis Proton Persona dipandu lelaki berusia 49 tahun dari arah PCB menghala ke Kota Bharu untuk menghantar isterinya bekerja.
“Mengikut siasatan awal, kenderaan dipandu mangsa bergerak lurus di laluannya dan dia tidak sempat mengelak lalu berlanggar secara berdepan,” katanya kepada Sinar Harian, pada Khamis.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Beliau berkata, pemandu kereta Proton Persona berkenaan pula patah paha dan tangan kiri termasuk patah tulang rusuk kanan manakala isterinya pula luka di kepala serta sakit di bahagian pinggang.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Syukri Md Ghafar di talian 09-7752200.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 03 2022

Keadaan dua kenderaan terlibat kemalangan di Jalan Penambang, pada Khamis. -Foto Sinar Harian

Suami isteri, pengarah syarikat ditahan reman disyaki kemuka tuntutan palsu
Ketiga-tiga suspek ditahan antara jam 3 petang hingga 11 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di SPRM, Johor.

Kabinet bersetuju dengan terma, syarat perjanjian pencarian bangkai pesawat MH370
Dengan kelulusan itu, Kementerian Pengangkutan akan mewakili kerajaan bagi menandatangani perjanjian pencarian dengan Ocean Infinity.
Consider This: DAP CEC Election (Part 2) — Third-Gen Leadership Takes the Stage
DAP’s new leadership lineup comes at a crucial time—not just for the party, but for the unity government it is part of. Following last Sunday's Central Executive Committee elections, Gobind Singh Deo is DAP’s national chairperson and Anthony Loke was re-elected secretary-general, while Lim Guan Eng transitions into the role of party advisor. What does this mean for the party’s future direction? Can DAP overcome its factional struggles? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with James Chin, Professor of Asian Studies at University of Tasmania in Australia.

Maritim Malaysia atur gerak lapan aset pada perayaan, kerjasama dengan Filipina
Maritim Malaysia juga bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina dalam memperkukuh lagi kawalan keselamatan.
Consider This: DAP CEC Election (Part 1) — Third-Gen Leadership Takes the Stage
DAP’s new leadership lineup comes at a crucial time—not just for the party, but for the unity government it is part of. Following last Sunday's Central Executive Committee elections, Gobind Singh Deo is DAP’s national chairperson and Anthony Loke was re-elected secretary-general, while Lim Guan Eng transitions into the role of party advisor. What does this mean for the party’s future direction? Can DAP overcome its factional struggles? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He has previously served as the Deputy Minister of International Trade and Industry, and was a two-term DAP Member of Parliament.
AWANI Tonight 19 March 2025
AWANI Tonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Russia, Ukraine reported drone attacks after limited truce reached
2. 2024 warmest on record, according to World Meteorological Organisation
1. Russia, Ukraine reported drone attacks after limited truce reached
2. 2024 warmest on record, according to World Meteorological Organisation
AWANI Tonight: 2024 warmest on record, escalating climate crisis
Last year was the warmest on record, with global temperatures surpassing 1.5°C above pre-industrial levels. Extreme weather in 2024 saw droughts causing food shortages, as well as floods and wildfires displacing 800,000 people.
AWANI Tonight: Russia, Ukraine report drone attacks after limited truce
Russia and Ukraine have accused each other of launching drone attacks, just hours after a limited ceasefire was agreed upon to halt attacks on energy infrastructure.
AWANI Tonight: YTL AI cloud to deploy Nvidia Blackwell Ultra
YTL AI Cloud, a subsidiary of YTL Power International, is among the first in Asia-Pacific to deploy Nvidia's Blackwell Ultra AI platform. It aims to revolutionise AI computing, enhancing reason, automation and real-world AI applications.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri rakam percakapan lebih 6 jam di SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Maut selepas hantar ibu buat rawatan dialisis
Kenderaan dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan di kawasan berkenaan dan memasuki laluan bertentangan.