Seorang kakitangan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berteduh di bawah jejambat di Kilometer 139 dari Seberang Jaya menghala ke Kawasan Perindustrian Perai, pagi tadi.
Abdul Fadhil Ab Razak, 29, yang menunggang motosikal dari Taman Wira, Sungai Petani, Kedah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, kemalangan berlaku kira- kira jam 6.05 pagi apabila kereta yang dipandu seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun terbabas dan merempuh dua penunggang motosikal yang berhenti di bawah jejambat itu ketika berteduh dari hujan.
Akibat rempuhan itu salah seorang penunggang motosikal maut akibat kecederaan parah manakala seorang lagi terselamat dari kejadian berkenaan dan hanya mengalami cedera ringan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan seorang penunggang motosikal berusia 55 tahun yang mengalami cedera ringan dalam insiden itu turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan.
Nik Ros Azhan berkata, pemandu kereta yang berasal dari Tasek Gelugor itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Thu Aug 03 2017
Seorang kakitangan PLUS maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berteduh dibawah sebuah jejambat - Gambar Ehsan Bomba
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Jejambat persimpangan Bukit Setongkol-Kemunting dibuka esok
Jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting di Jalan Persekutuan (FT421), akan dibuka kepada pengguna jalan raya bermula 8 pagi esok.
Trak terbalik berulang kali seperti dalam filem
Satu rakaman video menunjukkan trak tersebut terjatuh dari jejambat itu selepas ia bertembung dengan kenderaan lain.
Jejambat Jalan Langgak Golf di ibu negara dibuka sepenuhnya esok
Ia diyakini mampu mengurangkan aliran trafik yang menggunakan laluan Jalan Tun Razak menuju ke arah Bulatan Kampung Pandan.
Empat rentung kenderaan terbabas ke bawah jejambat sebelum terbakar
JBPM Selangor terima panggilan kecemasan pada 1.10 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.
Angkara buli: Rakan sekerja dibunuh
Mayat mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun, ditemukan berbungkus dengan plastik hitam dalam sebuah tong sampah yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.
Polis cari pemandu lori terlibat kes langgar lari di Puchong
Mangsa Anuar Harun, Penguasa Kanan Bomba, Ketua Zon Daerah Petaling, maut di tempat kejadian selepas skuter ditunggangnya bergesel dengan lori terbabit.
Suami maut, isteri parah, kenderaan terbabas jatuh dari jejambat
Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 malam itu, mangsa lelaki berusia 51 tahun tersangkut pada tembok jejambat terbabit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Guru sayu lihat murid tinggal dalam khemah bawah jejambat
Menerusi foto yang tular di media sosial, keluarga terbabit dilihat terpaksa berteduh di dalam sebuah khemah usang yang terletak di bawah jejambat berkenaan.
Maut dirempuh ketika berteduh di bawah jejambat
Seorang kakitangan PLUS maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berteduh dibawah sebuah jejambat.
Tiada lagi mangsa runtuhan jejambat - Polis
Polis hari ini mengesahkan tiada lagi mangsa lain yang terbabit dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar.