PETALING JAYA: Perjalanan seorang remaja 16 tahun ke sekolah bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Persiaran Mahogani - Jalan Rimba Riang 9/1, Kota Damansara di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya menerima laporan kejadian itu jam pada 7.30 pagi.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku jam 7.25 pagi ketika mangsa berusia 16 tahun berkenaan yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan ke sekolahnya dari Jalan Kuala Selangor-Kepong menghala ke Kota Damansara.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dari arah hadapan ketika MPV itu mahu masuk simpang kanan Jalan Rimba Riang 9/1," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, remaja berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan saksi kejadian diminta tampil ke balai berhampiran untuk membantu siasatan.
"Saksi kejadian dimohon tampil ke balai polis berhampiram atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan," ujarnya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 21 2022

Keadaan motosikal ditunggangi mangsa selepas bertembung dengan sebuah MPV. -Foto Sinar Harian

Mangsa banjir Johor akan terima bantuan khas RM3,000 sebelum Aidilfitri
Kerajaan Johor akan menyalurkan peruntukan RM11.247 juta sebagai Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Gelombang Kelima bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Kastam Kelantan rampas rokok seludup lebih RM600,000 di Bachok
JKDM Kelantan berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok bernilai lebih RM600,000 termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan di Kampung Mentera dekat Bukit Marak, Bachok, baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Ejen terima suapan RM40,000 ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Anita Azrina mahu naik taraf kemudahan sukan, kukuhkan kewangan PSM
Anita Azrina, menetapkan matlamat untuk menaik taraf kemudahan sukan menjelang Sukan SEA 2027, serta memperkukuh kelestarian kewangan PSM dalam peranannya yang baru bermula semalam.
AWANI Review: Balancing profit & purpose
Leadership in governance is evolving across both the public and private sectors, bringing unique challenges and opportunities. What if insights from top leaders could bridge the gap? Datuk Seri Idris Jala, Chairperson of PEMANDU Associates, and Aida Lim Abdullah, Senior Independent Non-Executive Director at Sunzen Group Bhd, share how diverse leadership experiences can strengthen governance, enhance decision-making, and drive better business outcomes.

Ibu bapa disaran bentuk anak-anak jadi pakar untuk majukan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan ibu bapa di negara ini supaya fokus membentuk dan mendidik anak-anak mereka untuk menjadi pakar tempatan yang amat diperlukan negara.

PM Anwar mahu pembangunan di Sabah diberi penekanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memberi tumpuan kepada projek pembangunan di Sabah.

Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hidap kanser tahap empat
Seorang warga emas merayu ihsan orang ramai untuk menghulur bantuan bagi menampung kos rawatan cucunya yang disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap empat.
AWANI 7:45 [22/3/2025] – 600 Kematian Tempoh Tiga Hari | Rampas Tanah Ikut Suka | Bukti Dalam Siri Operasi | Persiapan Aidilfitri
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof dan Pia Ernadya
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia gesa PBB segerakan sambungan gencatan senjata di Palestin.
- 14 peratus tanah di Tebing Barat dirampas, dijadikan padang ragut ternakan.
- Ramai anak muda hidup mewah, terbabit aktiviti penyeludupan.
- Persiapan Aidilfitri ... beli 'online' atau fizikal, mana jadi pilihan?
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia gesa PBB segerakan sambungan gencatan senjata di Palestin.
- 14 peratus tanah di Tebing Barat dirampas, dijadikan padang ragut ternakan.
- Ramai anak muda hidup mewah, terbabit aktiviti penyeludupan.
- Persiapan Aidilfitri ... beli 'online' atau fizikal, mana jadi pilihan?
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Sagu hati Aidilfitri RM1,200 untuk 218 guru takmir di Pulau Pinang
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) hari ini mengumumkan pemberian sagu hati Aidilfitri sebanyak RM1,200 kepada setiap 218 guru takmir di negeri itu sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Maut dalam perjalanan ke sekolah
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa melanggar sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina dari arah hadapan ketika ia memasuki simpang kanan jalan.