KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengetuai 80 syarikat Malaysia dan lima agensi kerajaan ke pameran Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dari 19 Feb hingga 23 Feb, 2024.
Dalam satu kenyataan hari ini, MATRADE berkata Pengerusinya, Reezal Merican Naina Merican akan mengetuai delegasi Malaysia.
"Usaha yang dilakukan ini menunjukkan komitmen Malaysia untuk mempamerkan industri makanan dan minumannya yang pelbagai dan inovatif ke persada global.
"Gulfood yang diiktiraf sebagai pameran perdagangan makanan dan minuman tahunan terbesar di dunia, menawarkan peluang penting kepada perniagaan Malaysia untuk menjalin rangkaian, menubuhkan perkongsian, dan mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka yang luar biasa," katanya.
MATRADE berkata pelbagai produk seperti sos dan pes, rempah dan perasa, produk sejuk beku, makanan sedia untuk dimakan, kuih-muih, makanan ringan, minuman, minyak sawit dan banyak lagi akan dipromosikan pada pameran itu.
"Selain mempamerkan jenama Malaysia di Pavilion Malaysia, MATRADE, melalui pejabatnya di Dubai, akan berperanan penting dalam memudahkan proses saling mengenali di antara syarikat-syarikat Malaysia dengan pengimport dan pengedar utama di UAE.
"Melalui pendekatan proaktif ini, matlamat kami adalah untuk meningkatkan profil jenama-jenama Malaysia dalam kalangan pembeli bernilai tinggi ini sambil memupuk potensi peluang perniagaan dan kerjasama," tambahnya.
Kepada pengeksport Malaysia yang berminat dengan pasaran Timur Tengah boleh menghubungi MATRADE Dubai di dubai@matrade.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
![MATRADE ketuai delegasi Malaysia ke Gulfood 2024 di Dubai MATRADE ketuai delegasi Malaysia ke Gulfood 2024 di Dubai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706015579_ReezalMericanNaina.jpg)
Dalam satu kenyataan hari ini, MATRADE berkata Reezal akan mengetuai delegasi Malaysia. - Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715009848_Zafrul.jpg)
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
![Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024 Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714490937_MazlanHarunMATRAD.jpg)
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
![Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709955577_DutaBesarMalaysia.jpg)
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi telah mempamerkan koleksi Autumn/Winter 2024 di Minggu Fesyen Paris bermula 29 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024.
![Nilai perdagangan Malaysia lepasi RM2.64 trilion, China rakan dagang terbesar Nilai perdagangan Malaysia lepasi RM2.64 trilion, China rakan dagang terbesar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709884388_sidangkemuncakMala.jpg)
Nilai perdagangan Malaysia lepasi RM2.64 trilion, China rakan dagang terbesar
Nilai perdagangan Malaysia direkodkan melepasi RM2 trilion selama tiga tahun berturut-turut dengan China terus menjadi rakan dagang terbesar negara.
![Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699398665_growingmalaysian.jpg)
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
![Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699398665_growingmalaysian.jpg)
Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji
New Zealand dan Fiji adalah antara empat rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran utama di rantau ini.
![Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023 Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-05/71462785336_Matrade.jpg)
Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023
Matrade akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov, 2023.
![MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694789317_TBMatrade.jpg)
MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 telah melepasi sasaran jualannya sebanyak RM2.5 bilion pada hari ketiga, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
![MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679982344_DatukMohdMustafaA.jpg)
MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion
Penyertaan pempamer dari China dalam bilangan yang besar menyumbang kepada peningkatan sasaran jualan MIHAS tahun ini.
![Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645157377_WestportsPortKlang.jpg)
Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).