Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat bersabar dalam mendepani cabaran terutama dalam situasi ekonomi masa kini.
Jelas Najib, beliau yakin pasaran tempatan bakal pulih semula dan ringgit akan berada pada paras asal.
"Dalam kenyataan lengkap dan komprehensif yang dilaporkan pada awal hari ini, saya terus kekal dengan kenyataan yang ringgit pada masa kini berada di bawah parasnya, tetapi beri masa di mana pasaran akan pulih semula dan ringgit akan berada pada parasnya," katanya ketika menyampaikan ucapan bertajuk "Kepimpinan Dalam Masa Mencabar' pada Ceramah ke-26 Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, malam ini.
Turut hadir ialah Presiden Institut Pengurusan Malaysia, Tun Mohammed Hanif Omar.
Selain itu, beliau berkata terdapat pelbagai faktor di luar kawalan Kerajaan yang menjadi punca kemerosotan mata wang.
Malah, jelasnya prestasi ringgit pada masa kini berada hampir sama dengan dolar Australia dan dolar New Zealand.
"Kita perlu bersabar dan kita perlu faham bahawa terdapat pelbagai faktor di luar kawalan kami, malah prestasi Ringgit pada masa kini berada hampir sama dengan Australia dan New Zealand, kita berada dalam kumpulan yang sama," katanya.
Najib pada masa sama mengakui pendapatan negara-negara yang bergantung kepada eksport komoditi turut terjejas seiring dengan peningkatan mata wang dolar Amerika.
"Dalam kata lain, pendapatan negara-negara yang bergantung kepada eksport komoditi telah terjejas seiring dengan peningkatan mata wang dolar Amerika," katanya.
Justeru, Najib akan terus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat selain mahu rakyat bersamanya dalam menangani cabaran pada masa kini demi kebaikan negara.
Mengulas berkenaan kepimpinan dalam masa mencabar, Najib yakin Malaysia mampu melalui cabaran-cabaran awal, apatah lagi berkembang dan menikmati kemakmuran, bukan kerana peluang atau nasib.
Beliau berkata Malaysia berjaya mengharungi semua cabaran kerana kepimpinan sedia ada dan terdapat sifat-sifat kepimpinan yang seseorang dengan mudah boleh mengenal pasti.
"Para pemimpin kita yang terdahulu memberi perhatian yang mendalam dan mengutamakan kepentingan negara, dan khidmat mereka melangkaui tanggungjawab kepada negara. Keputusan mereka bersifat naluri dan atas semangat patriotik yang tulen dan semangat yang kukuh. Mereka sanggup membuat pengorbanan yang besar," ujar beliau.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Aug 20 2015
![Mata wang merudum, pelbagai faktor di luar kawalan - Najib Mata wang merudum, pelbagai faktor di luar kawalan - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61438334143_CABINETRESHUFFLE.jpg)
NAJIB: Kita perlu bersabar. Beri masa kepada pasaran untuk terus melonjak. - Gambar Fail
![Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597409479_Obese.jpg)
Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM
Pevalen obesiti dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun juga telah meningkat daripada empat peratus pada 2015, 5.6 peratus pada 2019 dan 6.0 peratus pada 2022.
Menilai prestasi 1H, mengejar kejayaan 2H
Separuh pertama 2024 menyaksikan peningkatan dalam sektor teknologi dan eksport, serta usaha pengurangan hutang negara. Cabaran menanti di separuh kedua, termasuk pemulihan ekonomi pasca-pandemik, kestabilan politik, pengurusan inflasi, dan pembangunan infrastruktur. Dengan strategi yang tepat, Malaysia berpotensi mencapai kejayaan lebih besar. Perbincangan bersama Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid.
Jiwa SME: 'Made in Perlis' sasar jualan RM1 juta menjelang 2025
Walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam memajukan industri kulit di negara ini, ia tidak menjadi penghalang kepada Abdul Abbas Abduk Karim He untuk mengukuhkan jenama Made in Perlis melalui produk Vaska Leather Craf.
![Lesap lebih RM3,000 digodam pembeli di laman web jual beli tempatan Lesap lebih RM3,000 digodam pembeli di laman web jual beli tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721265751_TBemel.jpg)
Lesap lebih RM3,000 digodam pembeli di laman web jual beli tempatan
Kejadian itu berlaku sangat pantas setelah dia menekan satu pautan menerusi e-mel yang kononnya dihantar oleh laman sesawang tersebut.
![KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717136952_FadhlinaSidek.jpg)
KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM
Fadhlina Sidek berkata program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Reformasi ekonomi: Iltizam politik, trend nyata jadi pengukur - Penganalisis
Iltizam politik dalam melakukan reformasi ekonomi dengan melaksanakan beberapa dasar penting dilihat menjadi faktor penting kepada peningkatan penarafan kepada Malaysia oleh JP Morgan baru-baru ini.
Reformasi ekonomi: Mampu bawa pelaburan berkualiti ke Malaysia - Standard Chartered
Reformasi struktur ke atas ekonomi negara yang merangkumi rasionalisasi subsidi serta usaha kerajaan memperoleh pertumbuhan mampan menerusi beberapa polisi yang diumumkan sebelum ini diunjurkan mampu membawa pelaburan berkualiti kepada Malaysia.
Peranan industri dalam TVET, masa depan tenaga kerja
Pengangguran belia di Malaysia terus menjadi kebimbangan utama, disebabkan oleh tahap kemahiran yang tidak mencukupi dan kekurangan pengalaman kerja. Selain daripada reformasi pendidikan, industri juga memainkan peranan penting dalam memperluaskan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kebolehpasaran golongan muda dalam pasaran kerja. Bagaimanakah industri boleh memastikan TVET menyediakan kemahiran praktikal yang dituntut oleh majikan serta menyediakan peluang latihan yang berharga untuk golongan muda?
![Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721267383_tbTerrarium.jpg)
Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas
Terarium ini mungkin boleh menjadi pilihan atau solusi bagi mereka yang suka tanaman tetapi sering kesuntukan masa.
AWANI Pagi: NGO perkasa usaha baik pulih hospital Al-Shifa di Gaza
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Mohd Shah Sapiei Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Iltizam Relief Society membincangkan mengenai usaha dan iltizam berterusan badan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kepada pelaksanaan projek bantuan kemanusiaan khususnya pemulihan di Gaza, Palestin.
![Najib pertahankan prestasi Malaysia sejak 2009 Najib pertahankan prestasi Malaysia sejak 2009](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61438334143_CABINETRESHUFFLE.jpg)
Najib pertahankan prestasi Malaysia sejak 2009
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempertahankan usaha, perubahan dan kejayaan yang dicapai negara sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009.
![Mata wang merudum, pelbagai faktor di luar kawalan - Najib Mata wang merudum, pelbagai faktor di luar kawalan - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61438334143_CABINETRESHUFFLE.jpg)
Mata wang merudum, pelbagai faktor di luar kawalan - Najib
Jelas Najib, terdapat pelbagai faktor di luar kawalan Kerajaan yang menjadi punca kemerosotan mata wang.