ARAU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer dekat sini akan dibangunkan sebagai hab kuih dan makanan tradisional sebagai usaha menambah produk pelancongan baharu di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer Siti Berenee Yahaya berkata kawasan itu berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai pusat kuih dan makanan tradisional memandangkan terdapat ramai usahawan kecil yang berjaya.
"Ini sebagai menyahut seruan kerajaan negeri untuk mewujudkan 'Satu DUN, Satu Produk'.
"Perkara ini saya akan bawa ke mesyuarat Exco untuk dibincangkan dan keputusan akan dibuat selewat-lewatnya pada awal bulan depan (Februari)," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man baru-baru ini meminta setiap ADUN memperkenalkan satu produk yang berpontensi dimajukan di kawasan masing-masing dalam usaha membantu pembangunan ekonomi rakyat di negeri ini.
Baru-baru ini kerajaan negeri turut memperkenalkan Persiaran Makanan Bintong sebagai produk pelancongan di DUN Bintong.
Siti Berenee yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri berkata antara produk kuih tradisional popular di Mata Ayer ialah kuih karas, ringgi, kuih bangkit dan putu kacang.
"Di samping mendapat suntikan dana daripada kerajaan negeri, kita juga mengalu-alukan penglibatan pihak swasta untuk turut sama membangunkan DUN Mata Ayer," katanya.
Siti Berenee berkata selain produk makanan dan kuih tradisional, tarikan lain yang terdapat di DUN Mata Ayer adalah perusahan batik dan gua batu kapur Bukit Ngulang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022
Mata Ayer akan dibangunkan sebagai hab kuih dan makanan tradisional sebagai usaha menambah produk pelancongan baharu di negeri ini. -Gambar hiasan/Facebook Halim Othman
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Mata Ayer akan dibangunkan sebagai hab kuih, makanan tradisional
Ia sebagai menyahut seruan kerajaan negeri untuk mewujudkan 'Satu DUN, Satu Produk'.