Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengakui beliau enggan memegang jawatan itu untuk tempoh lama sebaliknya berhasrat untuk berpindah ke kementerian lain kelak.
Beliau menjelaskan hasratnya itu adalah supaya dapat membawa pembaharuan sepertimana dilakukannya di Kementerian Pendidikan.
“Itu kena tunggu menteri seterusnya, kecuali saya kekal menteri pendidikan; saya akan buat kenyataan masa itu.
“Tapi kalau boleh mahu pindah ke kementerian lain. Kita dah laksana sesuatu, kita ‘reform’ di tempat lain pula,” katanya pada media di Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media tentang perancangan yang akan dibincangkan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN).
Terdahulu, beliau mengumumkan pelantikan 13 anggota dalam Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara.
Wakil rakyat dari Bersatu sebelum ini terpalit dengan kontroversi berikutan kenyataannya mengenai pemakaian kasut hitam bermula tahun depan.
Terbaharu beliau juga dikritik kerana ingin menetapkan warna stoking pelajar.
Susulan itu, beliau dinasihatkan veteran DAP Lim Kit Siang agar berhenti bercakap mengenai kasut dan stoking dan tidak terperangkap dengan 'propaganda' bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Diyana Ibrahim
Thu Oct 18 2018
Maszlee mengaku enggan memegang jawatan Menteri Pendidikan untuk tempoh lama. -Gambar fail
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Kerajaan setuju latihan Bahasa Cina, Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan - PM Anwar
Kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada Bahasa Kebangsaan.
Pusat beli-belah digesa sedia ruang membaca, perbanyak kedai buku
Pusat beli-belah digesa supaya menyediakan ruang membaca dan memperbanyakan kedai buku di dalam premis mereka bagi memenuhi minat dan keperluan pembaca.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
KPM laksana program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal GISB
Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal GISB yang sedang mendapat perlindungan.
Keputusan peperiksaan SPMU 2024 keluar 1 Oktober ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 1 Oktober ini.
KPM ambil alih pendidikan anak-anak GISB bermula 1 Oktober - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil alih urusan pendidikan anak-anak yang diselamatkan dari premis dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bermula 1 Oktober.
Banjir: Institusi pendidikan bawah KPM teruskan pembelajaran guna PdPR
Lima sekolah rendah dan satu sekolah menengah di Kedah masih dilanda banjir, manakala 36 institusi pendidikan di tiga negeri masih dijadikan PPS.
Ini bukan masanya untuk perkenal semula peperiksaan - CEO Untuk Malaysia
Ketika ini bukan masanya untuk memperkenalkan peperiksaan baharu bagi murid Darjah 6 dan Tingkatan 3.
Jangan jadikan anak murid sebagai bahan uji kaji, rombak semula peperiksaan - Zahid
Dasar pendidikan yang memansuhkan peperiksaan di tahun enam dan tingkatan tiga perlu dirombak dan disemak semula.
KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan
Kementerian Pendidikan sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.