Masyarakat perlu bersedia menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan segala cabarannya untuk terus memajukan negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata revolusi itu menyaksikan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).
Katanya Industri 4.0 hebat kerana ia menggantikan banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga dengan proses automasi hasil bantuan perisian.
"Industri ini juga hebat kerana ia meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara digital," katanya menerusi catatan di laman blog beliau.
Beliau menarik perhatian berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bahawa mahu tidak mahu, rakyat perlu bersedia kerana Industri 4.0 yang akan membawa kepada kejayaan wawasan Transformasi Nasional 2050.
Salleh berkata Industri 4.0 akan membawa perubahan besar antaranya kepada media tradisional apabila manusia hanya menggunakan telefon pintar dan komputer untuk membaca berita dan bukan lagi surat khabar.
"Persaingan media bukan lagi sesama sendiri tetapi terpaksa bersaing dengan media sosial yang lebih dapat menarik perhatian pembaca," kata menteri itu.
Dari segi pendidikan pula, beliau berkata Revolusi Industri 4.0 akan menyaksikan penggunaan komputer riba dengan lebih menyeluruh di sekolah.
"Teknologi hologram, media sosial dan kecerdasan buatan juga akan menjadi aspek utama sebagai alat bantuan mengajar. Mungkin di masa hadapan, pelajar boleh belajar di rumah sahaja kerana kuliah disampaikan dalam bentuk video," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2017
SALLEH: Industri ini juga hebat kerana ia meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara digital. - Gambar fail/Astro AWANI
Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Ayer Keroh
Mangsa yang terbunuh membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Huawei lancar sistem operasi HarmonyOS
Sistem tersebut turut tersedia untuk model tablet dan skrin pintar tertentu pada suku keempat tahun ini.
Masih banyak PKS Malaysia kurang kesedaran digital
Selain tunjang ekonomi negara, PKS perlu menjadi pemain utama dalam ekonomi digital Malaysia.
Astro rangkul anugerah penggodam Asia anjuran Amazon Web Services
Pasukan Teknologi Astro telah memenangi pertandingan penggodaman. Mereka telah mengalahkan 345 buah pasukan yang terdiri dari 1,522 orang, yang mewakili lebih enam buah negara di seluruh Asia Tenggara
Terima perubahan Revolusi Industri 4.0 agar terus kompetitif - Johari Ghani
Malaysia harus menerima perubahan yang dibawa Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) agar tidak ketinggalan dalam era teknologi kini.
TN50: Surat terbuka KJ kepada Tun Mahathir
Berikut ialah kenyataan media Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung Transformasi Nasional 2050 (TN50).
'Jadilah pencipta, bukan pengguna' - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mempunyai makmal untuk kanak-kanak dan pelajar dibimbing dari latihan inovasi asas hingga program lanjutan.