Malaysia harus menerima perubahan yang dibawa Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) agar tidak ketinggalan dalam era teknologi kini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Ghani berkata, kerajaan harus menerima hakikat tersebut dan menyediakan rakyat agar dapat berdepan dengan cabaran ini.
"Kita tidak boleh lagi berharap kepada industri yang terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing.
"Ini kerana, sekalipun industri tersebut memerlukan pengeluaran berskala besar, kita kena beralih kepada automasi, Internet of Things, kecerdasan buatan, pengkomputeran awan dan pengesan. Ini adalah teknologi yang penting dalam pembangunan industri terutamanya industri pengeluaran," kata beliau dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.
Tambah beliau, jika Malaysia tidak bersedia, akhirnya ia akan merugikan negara di masa hadapan.
"Kita kena bersedia untuk menerima (IR4.0). Jika tidak, lama-kelamaan produk kita akan ketinggalan kerana tidak kompetitif dan bakal membawa masalah kepada ekonomi negara," katanya.
Secara umumnya, ramai yang masih kurang pemahaman tentang IR4.0 ini.
Ini didapati melalui undian yang dibuat di laman Twitter Astro AWANI yang menunjukkan 75 peratus daripada 800 responden tidak mengetahui tentang IR4.0.
Revolusi itu secara umumnya melibatkan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).
Hafiz Marzukhi
Fri Apr 20 2018

Johari berkata, Malaysia tidak boleh lagi berharap kepada industri yang terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing. - BERNAMA/Fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Selepas Ultra Box, kini Astro memperkenalkan Ulti Box
Ulti Box akan melengkapkan dan memperkukuhkan lagi visi Astro dalam memberikan pengalaman perkhidmatan kotak berhubung yang lancar kepada semua segmen pelanggan.

Parti Muda bukan semestinya umur tetapi pemikiran - Mutalib Uthman
Mutalib menjelaskan apa yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti baharu itu akan kehilangan sokongan orang dewasa tidak tepat.

Terima perubahan Revolusi Industri 4.0 agar terus kompetitif - Johari Ghani
Malaysia harus menerima perubahan yang dibawa Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) agar tidak ketinggalan dalam era teknologi kini.

Logo baharu Google diterima positif
Penampilan logo Google baru nampaknya menerima sambutan yang hebat daripada pengguna media sosial.

Kabinet Baru 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Selasa, 28 Julai, 2015 mengumumkan rombakan Kabinet yang baru.

Kenny G bakal lancar album baru
Kenny yang terkenal dengan genre "smooth jazz" kali ini mempertaruhkan kelainan dengan lagu berirama jazz asli.

Apa mekanisma pembayaran harga tanah Kampung Baru? - Johari
Kerajaan perlu menjawab persoalan penduduk Kampung Baru mengenai mekanisma pembayaran harga kepada pemilik tanah terbabit.

Jenazah pelajar Malaysia mangsa rempuhan dijadual tiba hari ini - Wisma Putra
Jenazah Tan Wei, pelajar Malaysia yang terbunuh di Malaysia dalam insiden rempuhan Tahun Baharu di Dataran Chen Yi, Shanghai, China Rabu lalu dibawa pulang ke Malaysia Isnin.

UMNO WP gaul kekuatan anak muda dan senior dalam parti
Kekuatan anak muda dilihat kombinasi terbaik yang harus digaul bersama kumpulan senior parti pada Perhimpunan Agung UMNO Selasa depan.

Tingkatkan implementasi dasar, kata usahawan ICT Bumiputera
Kerajaan perlu mengurangkan retorik dan sebaliknya meningkatkan implementasi serta pelaksanaan dasar sekiranya benar-benar ingin membantu golongan usahawan Bumiputera.