IPOH: Dianggarkan lebih 1,000 penduduk masyarakat Orang Asli di Bidor membantah cadangan untuk diadakan aktiviti pembalakan di kawasan seluas 80 hektar di Kompartemen 22, Hutan Simpan Bukit Tapah.
Mereka dari Kampung Chang Lama, Kampung Chang Baru dan Kampung Senta, Bidor.
Batin Kampung Chang Lama, Dahil Yok Chopil berkata bantahan berkenaan dibuat susulan kawasan yang dicadangkan itu didakwa bertindih dengan kawasan Wilayah Tanah Adat tiga kampung berkenaan.
Menurutnya beliau bimbang sekiranya aktiviti pembalakan itu diteruskan, ia dikhuatiri akan menjejaskan kubur-kubur nenek moyang, alam semula jadi serta hasil hutan yang menjadi sumber utama mata pencarian mereka.
“Kami tahu kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Tetapi apa gunanya duit kita dapat, tetapi rakyat jelata menjadi mangsa (bencana alam kesan daripada pembalakan).
“(Sekiranya aktiviti itu diteruskan juga) sumber mata pencarian kami, sumber untuk kami dapatkan hasil hutan dan ubat-ubatan tradisional akan habis (musnah).
“Saya minta kerajaan negeri fikirkan perkara ini dan mengambil tindakan serius. Mungkin dengan mengalihkan tapak pembalakan itu ke kawasan yang tidak melibatkan mana-mana penempatan Orang Asli di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Isnin.
Terdahulu, lebih 100 orang daripada masyarakat Orang Asli termasuk 50 Tok Batin daripada seluruh negeri hadir bagi menyerahkan dua memorandum membantah pembalakan di wilayah tanah adat Orang Asli kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang diwakili Pegawai Khas, Azlan Aminuddin.
Pada masa sama, Dahil berkata bantahan terhadap aktiviti pembalakan juga dibuat susulan kebimbangan berlakunya bencana alam seperti banjir lumpur dan tanah runtuh yang boleh meragut nyawa.
Katanya beliau tidak mahu peristiwa hitam yang berlaku ke atas Pos Dipang pada tahun 1996 dan Pos Gedong pada tahun Tahun 1986 berulang dan berlaku di kawasannya.
“Sudah lama kami suarakan perkara ini namun seperti tiada hasilnya. Justeru dengan memorandum ini, kami berharap kerajaan negeri mengambil serius bantahan kami,” ujarnya.
Sementara itu, ADUN Sungkai, A. Sivanesan berkata perkara berkenaan bukan sahaja dibantah masyarakat Orang Asli malah penduduk lain juga menyuarakan bantahan sama.
Menurutnya kejadian banjir kilat dan lumpur yang melanda di beberapa penempatan di Sungkai pada Mei lalu didakwa berpunca daripada bekas kawasan pembalakan di Hutan Simpan Bukit Tapah yang dijalankan 30 tahun lalu.
“Dahulu pernah ada aktiviti pembalakan dan kini longgokan kayu-kayu yang telah ditebang telah ditinggalkan di situ.
“Jadi, apabila berlaku hujan lebat, lumpur bersama-sama kayu-kayu yang dilonggokkan itu telah hanyut sehingga memusnahkan dua jambatan perkampungan Orang Asli berhampiran,” katanya.
Pada 25 Mei lalu, Saarani dilaporkan berkata kejadian hujan lebat luar biasa telah mengakibatkan hampir 1,000 penduduk Orang Asli di Rancangan Petempatan Semula (RPS) Jernang, Sungkai dan Kampung Poh, Bidor terperangkap susulan jambatan runtuh serta dihanyutkan air deras.
Amirrul Rabbani
Mon Jul 18 2022
Lebih 100 orang dari masyarakat Orang Asli hadir bagi menyerahkan dua memorandum membantah pembalakan di wilayah tanah adat Orang Asli kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad hai ini. - Foto Astro AWANI
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
Mengharap Bajet 2025 lebih 'hijau'
Bajet 2025 dinanti dengan penuh harapan oleh para pencinta alam sekitar dan biodiversiti agar kerajaan akan meneruskan agenda melindungi persekitaran negara.
Projek empangan: 'Syarikat perlu patuh undang-undang, hormat hak Orang Asli' - Nik Nazmi
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Isnin memerintahkan dua syarikat yang terlibat projek pembinaan empangan hidroelektrik mini di Ulu Geruntum, Gopeng keluar dari tanah adat Orang Asli itu serta-merta.
Persidangan Sains Tropika di Sarawak tumpu kemajuan terkini, cabaran tropika
Acara itu yang akan berlangsung dari 16 hingga 17 Okt di The Waterfront Hotel, Sarawak akan dirasmikan Premier Tan Sri Abang Johari Openg.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid yakin Orang Asli pilih calon BN
Ahmad Zahid melakukan pecutan akhir kempen Pilihan Raya (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dengan mengunjungi kesemua lima pos Orang Asli di DUN ini.
Gurmit Singh K.S - Pejuang ekologi yang lantang bersuara
Gurmit Singh K.S. menghabiskan hampir sebahagian besar umurnya untuk berkempen dan memperjuangkan isu alam sekitar bagi memastikan kehijauan bumi tercinta ini terus terpelihara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Ogos 2024.
JAKOA nafi gagal selenggara air bersih untuk perkampungan Orang Asli Gua Musang
JAKOA menafikan dakwaan bahawa isu air di Gua Musang melibatkan perkampungan Orang Asli berpunca daripada kegagalan jabatan itu menyelenggara sistem rawatan air yang disediakan.
'Bonda kita panggil Orang Asli, orang kita. Kita tak suka panggil Orang Asli' - Tengku Mahkota Pahang
Tengku Mahkota Pahang berkongsi keperibadian bondanya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mendidik supaya memanggil Orang Asli sebagai 'Orang Kita'.
PRK Nenggiri: Masyarakat Orang Asli diingat tidak terperdaya janji 'bulan bintang' PN
Masyarakat Orang Asli di DUN Nenggiri diingatkan supaya tidak terperdaya dengan janji 'bulan dan bintang' ditawarkan PN ketika kempen PRK DUN itu.
Hidroelektrik Nenggiri: Penduduk Pos Pulat harap penempatan baharu siap ikut jadual
Penduduk Orang Asli Pos Pulat di sini yang terlibat dengan pelaksanaan projek Hidroelektrik Nenggiri berharap penempatan baharu yang dibina untuk mereka siap mengikut jadual pada Mac 2026.