KUALA LUMPUR: Masyarakat luar bandar di Sarawak digesa untuk tidak mempercayai sebarang fahaman yang disebarkan untuk menolak penerimaan suntikan vaksin COVID-19.
Ini kerana menurut Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, dengan adanya vaksin ini, penularan wabak COVID-19 akan dapat dikekang sebaiknya.
“Jadi saya menyeru kepada semua rakyat di luar bandar supaya jangan mendengarlah apa yang dikatakan oleh orang-orang luar tentang suntikan vaksin ini.
“Kerajaan telah bersusah payah untuk mendapatkan vaksin ini dan kita telah mendapatkan vaksin ini lebih awal daripada yang dijangkakan,” kata Ugak.
Tambahnya lagi, dalam usaha mendidik warga pedalaman khususnya di Kapit, pelbagai inisiatif digerakkan bagi tujuan itu.
Antaranya pengedaran risalah tentang kepentingan pengambilan vaksin COVID-19 di kawasan pedalaman oleh pejabat daerah.
BACA: Guna risalah perjelas kepentingan vaksin kepada penduduk pedalaman - Masing
Ini bagi membolehkan masyarakat benar-benar memahami kepentingan vaksin seterusnya memastikan tiada yang tercicir dalam menerima suntikan tersebut.
“Sebagai usaha memastikan tiada yang tercicir dalam penerimaan suntikan vaksin, Pejabat Residen Bahagian Kapit sudah mengarahkan pejabat daerah untuk memberi borang kepada setiap rumah panjang.
“Seterusnya ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) memainkan peranan dalam memastikan semua yang terlibat di kawasan mereka mengisi borang ini.
Beliau berkata demikian menerusi temu bual secara langsung dalam slot Buletin AWANI pada Isnin.
Syafik Shukri Jalil
Mon Feb 22 2021

Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong berharap vaksin ini mampu mengekang penularan COVID-19. FOTO: Facebook / Wilson Ugak Kumbong

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.

COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.

Dr Roland nafi takut-takutkan rakyat Malaysia untuk ambil vaksin Pfizer
Pengasas The KL Sky Clinic Dr Roland Victor, menafikan bahawa beliau menakut-nakutkan rakyat Malaysia atau sesiapa daripada mengambil vaksin Pfizer Comirnaty.

AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."

KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.

Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.

COVID-19: Bekalan stok vaksin sedia ada mencukupi
Bekalan vaksin COVID-19 sedia ada mencukupi untuk masyarakat awam yang ingin mengambil dos penggalak terutama golongan berisiko tinggi dan komorbid.

8.5 juta dos vaksin COVID-19 telah luput - PAC
PAC mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput sejak 1 Jun tahun ini.

COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.