MASkargo hari ini menerbangkan dua tan durian dingin segar ke Sydney, Australia, bagi menembusi pasaran baharu dan pada masa yang sama mengenai pasti keberkesanan, kesegaran teknologi pembungkusan, termasuk penerimaan dan sambutan ramai.
Ketua Pegawai Penyelidik Kanan Mardi Latifah Mohd Noor berkata durian dingin segar (diproses secara minimum atau sedia dimakan) yang dibungkus khas menggunakan teknologi baharu itu akan dijual di empat pasar raya di Sydney.
Durian dingin segar ini berbeza daripada durian segar sejuk atau durian sejuk beku selain harganya juga lebih murah. Oleh itu, sebelum kami meneruskan eksport untuk peringkat seterusnya, kami perlu mengenal pasti kesegaran, rasa dan penerimaan di Sydney, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata durian segar itu boleh bertahan selama tiga minggu dan rasanya sama seperti durian baharu.
Menurutnya pada masa ini Malaysia mengeksport durian sejuk ke Hong Kong dan dan durian sejuk beku ke China.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Sdn Bhd Mohd Yunus Idris berkata durian dingin segar itu akan disimpan pada tahap suhu yang diperlukan bagi memastikan kesegarannya untuk pengguna.
"Perkhidmatan rangkaian sejuk MASkargo menjanjikan penghantaran sensitif suhu akan dipantau rapi bagi memastikan suhu optimum sepanjang perjalanan, daripada memunggah hingga penghantaran.
"Buah durian yang merupakan barangan mudah rosak, dikategorikan penghantaran sensitif suhu, sekali gus memerlukan pengendalian khusus dengan pemantauan rapi dan akan diangkut menggunakan kontena Envirotainer," katanya.
Beliau berkata mulai Januari hingga Jun, MASkargo juga mengendalikan kira-kira 23 tan Durian (durian segar sejuk dan durian sejuk beku) bagi menyokong industri pertanian tempatan selain menggerakkan jualan durian di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata menerusi usaha sama itu, MASkargo akan menggunakan kontena Envirotainer, ULD (unit peranti muatan) kargo udara yang disahkan yang boleh diangkut dalam kebanyakan jenis pesawat jarak jauh bagi memastikan kelancaran pengendaliannya.
Bernama
Mon Aug 19 2013
Gambar arkib
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Petani Indochina kerja keras manfaatkan permintaan pasaran durian China
Durian telah menjadi produk eksport utama dalam ekonomi Indochina -- Kemboja, Laos dan Vietnam.
Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.
Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.
Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.
Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos
Susulan kelulusan daripada Kerajaan China, penghantaran sulung durian segar Malaysia beserta kulitnya dijangka memasuki pasaran China menjelang akhir bulan ini.
Nafas galak ahli peladang ceburi tanaman durian bermutu tinggi
Penanaman durian bermutu tinggi mampu menjana pendapatan lumayan dan mendatangkan keuntungan besar kepada pekebun.
Durian, rambutan segar ‘gugur’ di benua Afrika, perluas pasaran baharu
Para tetamu dihidangkan dengan Durian D197 yang terkenal, juga dikenali sebagai Musang King dan Rambutan Budak Sekolah.
Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan
Pengeksportan pertama durian segar ke China tidak akan menjejaskan pasaran dan harga buah itu di pasaran tempatan.
FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China
FAMA diminta menjadi pemudah cara dan mencari mekanisme untuk membincangkan perkara itu kerana ia merupakan peluang melebarkan perniagaan pengusaha durian di kampung.