SEREMBAN: Keindahan seni bina Masjid Sri Sendayan, di sini dengan reka bentuk seakan-akan Taj Mahal dan Masjid Nabawi berikutan persamaannya dengan bangunan ikonik berkenaan menjadi tumpuan orang ramai sempena cuti Aidiladha untuk mengabadikan kenangan.
Pemandangan dan suasana menakjubkan serta mempesonakan terutama menjelang senja di masjid itu turut menggamit kedatangan pengunjung bukan beragama Islam yang mengagumi keunikan rekaan rumah Allah yang mula dibangunkan sejak 2015 itu.
Pengunjung Siti Najihah Mohd Sariff, 27, yang datang bersama 10 ahli keluarganya dari Cheras, Kuala Lumpur menyifatkan dia seolah-olah seperti berada di luar negara ketika kali pertama menjejakkan kaki ke masjid itu dek kerana tertarik dengan ukiran halus pada dinding di setiap sudut masjid tersebut.
"Kita nampak ia dibina dengan teliti, bukan cincai, sangat cantik dan keunikannya tak seperti masjid yang selalu saya pergi sebelum ini, tak mustahil masjid ini akan jadi penanda aras pada masjid-masjid lain selepas ini.
"Sebelum ini memang selalu tengok kawan-kawan post di laman sosial, bila kita lihat sendiri memang terasa. Kemudahan di dalam pun banyak, kalau untuk orang mengandung pun ada lif jadi tak perlu naik tangga, sangat mudah," kata pekerja swasta itu kepada Bernama.
Hasnul Hasan, 45, dari Melaka pula berkata dia bersama tiga ahli keluarganya mengambil kesempatan cuti persekolahan dan Aidiladha untuk bercuti di Negeri Sembilan selain sudah lama ingin melihat sendiri keindahan masjid berkenaan.
"Ini kali pertama saya ke masjid ini, sebelum ini hanya tengok di internet, memang terpegun dengan keunikannya, lain daripada yang lain, saya juga sempat menunaikan solat di sini selain bergambar detik indah kami sekeluarga," katanya.
Masjid yang terletak kira-kira 15 kilometer (km) dari Bandar Seremban dan 70km dari ibu kota itu diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Masjid berkenaan yang terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dengan kos lebih RM100 juta itu merupakan hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara termasuk Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.
Difahamkan, kebanyakan seni bina termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar adalah ditempah khas dari luar negara.
Dalam pada itu, Pengawal Keselamatan Nassaruddin Osman berkata bagi menjaga kesucian masjid itu, setiap pengunjung yang hadir tidak dibenarkan untuk merakam gambar di kawasan masjid setengah jam sebelum dan selepas azan dilaungkan.
Nassaruddin berkata orang ramai juga tidak dibenarkan memijak rumput di pekarangan masjid itu dan tidak boleh memakai kasut di laluan tertentu selain pengunjung bukan Islam perlu memakai pakaian yang sopan serta hanya dibenarkan mengambil gambar di bahagian ruang legar hadapan masjid.
"Masjid ini dibuka dari 5.15 pagi hingga 10 malam dan pengecualian sekiranya ada sebarang program dibuat di sini, kadang-kadang raya kami beri kelonggaran tutup lambat sedikit bagi memberi peluang kepada pengunjung yang memang tak henti datang dari pagi.
"Waktu puncak orang ramai datang adalah pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pengunjung datang sini bukan saja warga tempatan malah pelancong dari luar seperti Indonesia dan Jepun kerana kagum dengan unsur seni bina masjid.
"Lepas Perintah Kawalan Pergerakan dah tiada ni, makin ramai datang," katanya dan menambah terdapat lima pengawal keselamatan ditugaskan di masjid itu setiap hari.
Menurutnya, selain datang untuk menunaikan solat, merakamkan momen indah bersama keluarga, prakonvokesyen dan penggambaran iklan, masjid berkenaan juga turut menjadi lokasi untuk akad nikah selain terdapat dewan yang disediakan untuk majlis perkahwinan.
Mampu menempatkan kira-kira 5,000 jemaah, Nassaruddin berkata masjid itu turut dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah dan bangunan pentadbiran selain laluan untuk orang kurang upaya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022

Keindahan seni bina Masjid Sri Sendayan dengan reka bentuk seakan-akan Taj Mahal dan Masjid Nabawi menjadi tumpuan sempena cuti Aidiladha. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Agong berkenan solat Jumaat di Masjid Sri Sendayan
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah diiringi Datuk Seri Mohamad Hasan dan Tan Sri Abd Rashid Hussain.

Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Masjid Sri Sendayan
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Sri Sendayan.

Masjid Sri Sendayan tumpuan orang ramai sempena cuti Aidiladha
Pemandangan dan suasana menakjubkan serta mempesonakan terutama menjelang senja di masjid itu turut menggamit kedatangan pengunjung bukan beragama Islam.