IPOH: Masjid di seluruh negeri Perak akan mengadakan solat sunat hajat selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
"Insya-Allah kita telah maklum kepada semua pengerusi masjid di seluruh Perak supaya diadakan solat sunat hajat untuk Palestin esok, selepas sembahyang Jumaat," katanya pada sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
Sementara itu, Saarani berkata kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) telah meluluskan sumbangan RM100,000 bagi tabung kemanusiaan Palestin untuk membantu membela nasib penduduk Islam di situ.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata syarikat penerbangan yang mahu melaksanakan laluan penerbangan di sesuatu negeri perlu melaksanakan kajian dari segi permintaan dan keperluan terlebih dahulu, selain syarikat penerbangan harus mempengaruhi orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan mereka.
"Sebelum ini, ada syarikat penerbangan menawarkan laluan dua hala dari Ipoh ke Langkawi serta Ipoh ke Medan tetapi akhirnya setelah kajian dibuat ia tidak mendapat permintaan yang tinggi ... laluan Ipoh ke Singapura dan Ipoh ke Johor pula ramai menggunakannya, maka ia diteruskan sehingga kini," katanya.
Terdahulu, penganalisis pengangkutan, Rosli Khan dilaporkan berkata Perak mesti mempromosikan negeri itu secara aktif sebagai destinasi pelancongan terkemuka untuk menarik lebih banyak penerbangan terus dari negara ASEAN.
Saarani sebelum ini mengumumkan bahawa perbincangan sedang dijalankan untuk meningkatkan kebolehcapaian Ipoh dengan memperluas pilihan penerbangan terus dari negara ASEAN bagi menghapuskan keperluan pelancong untuk transit melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023
Masjid di seluruh negeri Perak akan mengadakan solat sunat hajat selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin. - Gambar hiasan/BERNAMA
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Masjid di Perak adakan solat hajat untuk Palestin selepas solat Jumaat
Masjid di seluruh negeri Perak akan mengadakan solat sunat hajat selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Hanya 12 jemaah dibenarkan Solat Jumaat, solat fardu di Perak
Hanya 12 orang sahaja yang terdiri daripada pegawai masjid dan surau Jawatankuasa Kariah sahaja, dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau berkuat kuasa solat Subuh esok.